Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Showing posts with label UK - Cambridge. Show all posts
Showing posts with label UK - Cambridge. Show all posts

Monday, 11 November 2019

Honeymoon 2019 - London dan Paris trip; Cambridge day 2.2

Tuesday, 1 October 2019

Lebih kurang pukul 11 pagi, cuaca bertukar cerah. Terus jadi sunny. Apa lagi, kami terus mengambil kesempatan untuk berpunting. First comp kami tanya, Scudamores, (ni agak famous), rate nya adalah £22/pax, untuk share boat, 45 minit. Wah..pegi tanya company lain la pulak. Ada satu operator seberang dari Scudamores nih. Tak la segah Scudamores, tapi rate dia £18/pax. Okay lah terus setuju. Sepatutnya akan naik dengan couple sebelum kami, end up, couple tu pilih private punting, which cost double. So tinggallah kami je. Schedule punting kul 11.45am. Bila time dah sampai, masih tiada orang lain yg datang, makanya kami terus dapat upgrade ke private punting. Hahaha..tak payah bayar lebih. Untung di situ. Bila pandang ke seberang, semua boat Scudamores penuh. Fuh..we indeed made the right choice. 
View dari tempat menunggu

Scudamores di seberang
Cantik sungguh pemandangan di sepanjang River Cam tu. Our punter, sambal mendayung, bercerita serba sedikit pasal University ni. Pasal rivalry antara kolej la, kolej yg tertua la, kolej pompuan mcm mana, kolej laki mcm mana, dan mcm2 lagi. Memang sangat menarik sepanjang 45 minit tu. 


Acitvity Punting pun bermula. Mari layan gambar




























The Bridge of Sigh







Mathematical Bridge
Ni la company tu
Habis je kami ber’punting’, hari berubah gelap semula dan hujan kembali turun. Ni lah orang kata rezeki. Kami pun decide untuk cari makan dan solat sebelum ke bus stop tadi untuk pulang ke kota London. Tak susah mencari makanan halal di sini. Di Kawasan Mill Road.Agak jauh dari centre tapi masih walkable. Di Kawasan ni, banyak restoran Arab. Dan ada juga masjid kecil berdekatan. Kami pilih untuk makan makanan grill di Chicken Cottage, yg mana portionnya agak besar dan terpaksa di tapau..huhu..


Akhirnya, pukul 4.40pm, kami pun bergerak pulang. Malam tu, tak perlu risau pasal dinner sebab makanan tadi masih banyak. Sib baik dlm bilik tu ada disediakan Netflix. So makan2 sambil layan movie, rehat dan tido. Esok nak buat aktiviti lain pula. 

Wednesday, 6 November 2019

Honeymoon 2019 - London dan Paris trip; Cambridge, day 2.1

Tuesday, 1 October 2019

Trip hari tu adalah ke Cambridge. Kami menaiki bas National Express, dari Victoria Coach Station. Bas bergerak on time pukul 7am. Few minutes seblm gerak tu, driver announce maybe akan lambat sikit a few minutes sebab nak tggu orang. Wah..a few minutes lewat pun announce, kalo kat sini alamat krik krik je la buat penumpang tertanya2 kul brp nak gerak. Haha
Perjalanan ke Cambridge. Singgah sini jap ambil penumpang
Condo di area Stratford City
dah sampai di bus stop


Main reason aku nk ke Cambridge adalah sebab nak ber’punting’ di River Cam. Di samping menelusuri University tersebut. Tak dapat belajar sini, melawat pun jadilah kan. Perjalanan mengambil masa 2 jam 15 mnt. Dalam perjalanan dah start hujan renyai2 sehinggalah tiba di destinasi. Nak buat mcm mana, redah je la kan.

Dari bus stop National Express tu, kami menapak je ke town centre sampailah ke area campus. Berjalan2 sambil meninjau2 dan berposing2 di dalam hujan. Kawasan kesuruhan campus memang terbuka tapi kalau nak melawat ke dalam setiap kolej (kediaman dan kuliah), ada bayaran dikenakan. 
menapak ke town centre
Shopping street
ada mall