Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Showing posts with label Putrajaya. Show all posts
Showing posts with label Putrajaya. Show all posts

Wednesday, 11 September 2019

Just Because: Putrajaya di waktu Malam

2 hari lepas, ada wedding kawan BB di Bora Ombak, Putrajaya. Jadi lepas majlis, kami saja2 je jalan2 sekitar Putrajaya dan berphotoshoot..Ehh sebenarnya lebih kepada nak try test tengok phone camera ku yg baru..hahha..layan je lah

door gift
pelamin...



view sebenarnya sangat gelap..ok mak puas hati dgn camera nih..




actual distance

zoom..

zoom lagikkk



Thursday, 9 August 2018

4Fingers Crispy Chicken, IOI City Mall

Ini adalah kali kedua aku makan 4Fingers nih. First time di Midvalley di introduced by Lady Nora. Kali ni aku berdating dgn Cik Ita pula. Tengah jalan2 cari makan, tetiba ternampak 4Fingers ni..Ooohh dah ada di IOI City rupanya. Aku pun berjaya menghasut Cik Ita utk santap di sini.


Menu nya
Sila beratur ye
Bahagian santapan
dah order, dia bagi buzzer nih. Benda alah ni akan bunyi dan menyala bila turn ko amek food

amek food di sini
Aku order drumstick rice box. Crispy lah
Nasi dia ada seaweed. Rasa dia ala2 mcm nasi sushi sikit2
Cik Ita order mix drumstick and wing
Kesimpulannya, memang ok bagi aku kalo tak xde la repeat makan kan..Tapi Cik Ita kata ayam spicy tak berapa spicy seasoning dia compare to Kyochon. (memang kami order yg spicy). No comment sbb aku tak pernah makan di sana..Haha..

OK Next....

Sunday, 4 March 2018

Dolly Dim Sum, IOI City Mall, Putrajaya

Masa jalan2 b4 CNY hari tu terperasan la Dolly Dim Sum nih. Ooo dah bukak di IOI City rupanya. Maka haruslah aku akan mengajak Cik Ita nanti. Sebab tak berkesempatan nak terjah Pavi or KLCC sana. Rabu lepas pas kerja maka berbondong lah kami ke sini. It was the first time for me but not for Cik Ita. 

Exterior. Berdekatan Home Pro
Eh tak sabar plak..
Ni menu favorite. Ada another menu book
Interior
Bila dah tengok banyak option tu mula la buntang mata nak pilih. So kami pilih mostly berdasarkan favorite menu tu.  
Yam Croquette. Dalam dia inti daging ala2 black pepper. sedap gak
Prawn Chong Fun. Ita kata ada lagi yg sedap..Bolehlaa

Egg Custard bun. Yg ni aku suka
Dolly Mozza Roll. Emm biasa je bagi aku. Sebelah dia yg berkuah tu Szechuan Dumpling. Yg ni my feveret. Blh order lg next time
Kami order dessert instead of drinks. Sea Coconut. Sedap
Mine. Snow melon dessert. Oklah tp bersusu
Salted Fish bun..not my feveret
Sesame Mochi ball. satu dah masuk mulut. Ok yg ni pun sedap especially panas2. Boleh order lagi
Overall verdict. Very interesting sedap ada yg aku suka. Sooo, boleh datang lagi. 

Tuesday, 12 September 2017

Franco @ IOI City Mall

Kali ni mak berjjcm secara solo je..sambil berwindow shopping di IOI City Mall. Tetiba terasa nak makan western. Dah lama perasan Franco nih tapi tak terasa nak terjah sebelum nih.

banyak gak selection nya. Tapi yg menarik perhatian ku adalah pumpkin soup. Maklumla sejak makan pumpkin soup yg super best kat Hallstatt sebelum ni, nak la mencari yg sedap kat KL nih. 
Dan time lunch ada lunch set. So aku amek Vongole pasta plus lemon tea.

Harga pumpkin soup RM13.90. Pasta set RM12.80

Pumpkin soup. Sedap gak tapi terlalu creamy.
Hot Lemon tea dalam mini pot. 
Vongole pasta. Also not bad. Besar gak portion nya.
Actually, dessert dia nampak menarik tp disebabkan sorang, takut tak habis plak kan..Tanak tamak kot..Next time boleh try lagi

Thursday, 9 July 2015

Anniversary Trip - Putrajaya; Pullman Putrajaya Lakeside

Stop kejap pasal Europe trip. Nak citer jap pasal anniversary aku dan BB hari tu. Alkisahnya BB x dapat cuti. Cuti aku plak of coz la tggl nyawa2 ikan sbb Europe trip tu. So we decided nak pegi yg dekat je. Amek mood berjalan la konon. So yg paling dekat, aku choose Putrajaya.. hahaha..lawak dari Kajang ke Putrajaya nak stay overnight.

Cari-cari hotel, berkenan la pulak kat Pullman Lakeside nih. Macam cantek je. So ptg lepas keje kami pun memulakan perjalanan (chewahh). Sampai2 tu baru perasan yg wiken tu ada event. Magical night ke apa ntah kat Marina Putrajaya (depan je ngan hotel).

Masa check-in, receptionist tu bgtau, takyah la keluar bawak keta mlm tu, sbb jalan akan jem. Org akan start datang utk event tu. Ada macam2 aciviti katanya. Nasib baik kami pun book awal sbb hotel full. Ok la tu. At least malam tu boleh cekidout event tu kan.

Kami dapat Oriental wing. Wing ni design dia ala-ala Chinese style gitu. Ada 3 wing semuanya, lain2 desing. Koridor ke bilik pun jenis yg tiles kecik2 macam jaman dolu-dolu nye umah. Biliknye sangat la luas. Bolehla lagi 5-6 org tido dalam tu. Bathroom nya pun sama. Berbaloi la dgn harga dia kan..Aku pun puas hati..


besau giler..bulih tido dlm ni


view dari balcony
Since BB tersangat lapo dan kami taknak drive keluar, makanya order la room service. Perasan kaya la katakana. BB order nasik n asam pedas n aku order Kebab. Dua-dua portion yg agak besar. Memang kenyang la sepanjang malam. Asam pedasnye sedap dan pekat. Tp tetiba aku nye Honey dew plak takde gula..Hmm xpela sihat kejap.
Mine and BB's. Asam pedas yg pekat
So lepas makan solat semua, kami pun turun. Terlambat sket nak nengok bunga api dari mula. Org pun dah sangat ramai. Malam tu plak ada pertunjukan Bot Berhias. So kami pun bersesak la tepi tasik tu. Bot2 dari setiap negeri. Dari China pun ada. Dah penat berdiri dan bersesak2, kami pun decided nak balik bilik. Bot2 pun semua dah lalu masa nih.
lagu tradisional
antara bot yg ada..


event tu depan hotel je
Esok pagi, breakfast, agak banyak la choice nye. Macam2 ada. Antara boleh n x boleh nak ngap semua je.  Coffee pun boleh bawak balik sbb dia bagi paper cup tu. pas tu kami jalan2 kat kawasan hotel je seblm balik sebab BB kena sambung keje..Huhu..Anniversary trip yg paling sekejap..





Happy 9th Anniversary to Us!!!
Ok overall, puas hati la walaupun dekat dan kejap. Jadilah kan daripada xde.. huhu..