Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Wednesday, 8 April 2026

2025 Autumn wanderlust, Dutch edition - Brussels, Belgium; Day 4

 “Autumn fell over Brussels in shades of gold… and in that quiet, I found you—like a love that was always meant to be.”

8 Nov 2025 (Sat)

Aahh Brussels. Mesti teringatkan Belgium chocolate hehe. Untuk daytrip kali ni, kami booked Eurostar (dulu Thalys) dari Amsterdam Centraal ke Brussels Midi. Untuk perjalanan balik, kami book Flixbus pulak. Salah satu cara nak jimat haha..Sbb Eurostar kan mahal. 1x trip cukupla. Sama je masa perjalanan, train dan bas keduanya 3 jam.



Kami naik train 7.16 am dan tiba di Brussel dalam 10.06. Dari situ, terus je menapak ke arah Grand Place. Grand-Place ni adalah central square dan termasuk dalam UNESCO world heritage place. Di sini terdapat public dan private buildings yg dibina dari abd ke-17. Memang menjadi tumpuan locals dan pelancong. Terdapat banyak café, souvenir shops dan semestinya chocolate shop!! Ada juga shopping square kalau rasa nak menghabiskan duit. Primark pun ada (ni lah first Primark aku n cik Ita tahun 2015 dulu). Dan tak lupa, Hard Rock Café, sempat la cekup magnet dan t-shirt utk BB.







Bazar jual mostly baju. Foreigner yg meniaga

Kedai ni majority chocolate dia halal


shopping gallery




Hard Rock dan choc shopping kami buat sebelum balik disebabkan kami nak ke area masjid dulu. Brussels Grand Mosque and Islamic Centre terletak di Parc du Cinquantenaire (Jubelpark). Dari Brussels Central, kami naik tram.  Lepas solat, bolehla jalan2 di park kejap. Besar park ni, kami takdela sempat nak explore satu park tu. Jalan2 sekitar masjid pun dah cantik. Tapi malangnya, tiada kedai makan halal di sekitar masjid. Maka hampalah kami lagi. Balik ke Grand-Place baru makan di kedai kebab.











Building putih tu la masjid


Lepas makan dan shopping di Grand-place, barulah kami ke Brussels North train station utk ke Flixbus bus stop. Operator bus yang Belgium ni sangat on time. In fact, bas dah sampai awal dan tepat pukul 4.30, terus gerak. Memang nampak sgt yg Germany site tu yg problem huhuhu.

Saturday, 4 April 2026

2025 Autumn wanderlust, Dutch edition - Düsseldorf, Germany; Day 3

7 Nov 2025 (Fri)

Hari ni kami ke Düsseldorf, Germany. Düsseldorf ni antara bandar yg dikira dekat la juga dari Amsterdam dan sesuai utk daytrip. Tapi dekat tak dekat pun dlm 3 jam la juga nak sampai hehe. Perjalanan pergi dan balik dengan menaiki bas, Flixbus. Kami book ticket seawal 7 pagi dari station Amsterdam Sloterdijk. Sloterdijk ni salah satu train station yg besar juga dan ianya satu bus stop je dari hotel.

Lepas Subuh je kami terus ke bus stop. Sejuknya sampai ke tulang. Sementara tunggu bas, sempat la juga mengopi dan makan croissant seketul. Dalam 6.45, bas pun sampai dan by 7 tu, terus la gerak menuju destinasi yeay yeay.

Menunggu bas di Subuh sepi'e

Best juga layan view di highway. Macam2 establishment sepanjang jalan dan juga semestinya, pemandangan hijau dan daunan2 kering. Sampai di border Gemany, bas akan stop dan Imi officer akan naik bas dan check ID/passport sorang2. Abang (adik) imi tu, tengok je dari Malaysia terus dah tak tanya apa2.

Dalam pukul 10, sampailah kami di Düsseldorf. Dari bus stop, menapak sikit ke arah main train station utk menaiki subway. Di sini, kami guna 1-day pass utk public transport. Jadi, boleh turun naik subway sesuka hati.

Subway

First stop kami adalah Carlsplatz market. Segar2 bunga kat sini, geram je rasa. Pelbagai gerai ada termasuk cheese, butcher, barang dapur, sayuran. Gerai makan pun ada tapi disebabkan masih awal, ada yang tak beroperasi lagi.














Market ni terletak di Kawasan Altstadt (Old town), jadi dari situ, kami terus berjalan-jalan di Kawasan old town. Jalan punya jalan sampailah terjumpa ferris wheel. Alang2 dah sampai kan, kami pun decided utk naik ferris wheel ni. Harga ticket pun takdelah semahal Eye of London. Terletak berhadapan Rhine River, jadi view nya memang menarik lah.












Disebabkan hampir waktu Zohor, kami pun patah balik ke subway dan terus ke Düsseldorf central mosque. Tunggu selesai locals solat Jumaat, kami pun masuk. Yang agak pelik, ruang Muslimah agak terbuka. Tengah solat tu, ada pulak 3 org lelaki meninjau2 dalam tu..Huhu..Mungkin dorang ingat takde umat manusia sebab baru je selesai Jumaat. Lepas solat, ingatkan nak cari makan, masa mengugel, ada info beberapa kedai makan sekitar masjid. Bila dah sampai, nan hado pun. Semua Kawasan ofis dan residence. Maka terpaksalah kami patah balik ke Old Town dan makan di restoran kebab.





Next, kami ke subway semula dan turun di Königsallee ("Kö"): A world-renowned shopping boulevard featuring luxury brands, cafes, and restaurants. Jamu mata je lah di sini. Nak menyopping, semuanya luxury brand. Walaupun di panggil Christmas sale, tetaplah rabak poket kalau nk beli juga haha.






Bas balik Amsterdam pukul 6.30pm. Sebelum ke bus stop, kami hanya berlegar-legar sekitar main train station tu. Malangnya, ingatkan bas on time, rupanya delay dekat 2 jam. Dah la masa kat border Amsterdam, passenger depan BB takde passport dan hanya tunjuk ID dekat phone dia. Tak pasal2 kena escort turun oleh abg Imi. Masa dia menunduk nak check pasenger tu, pistol dia betul2 kat muka BB. Seram la jugak haha. Penyudahnya, sampai di Amsterdam Sloterdijk hampir 12am. Nasib baik masih ada bas utk balik hotel. 

Selama aku berkelana di Europe, tak pernah ada pengalaman positif dengan public transport di Germany. Dengan Ita, Farah dan latest BB, semuanya ada pengalaman pahit. Tapi di negara2 lain ok je haha..

Overall, vibe di sini tak sama macam vibe di Netherlands. Mungkin bandar ni bukanlah tumpuan pelancong. Di luar train station je dah ramai homeless. Hancing merata. Boleh pulak masa kami berjalan tu, nampak org selamba kencing kat corner. Siap ada pakej orang gila merayau di sekitar bus stop. Maybe Germany will be last in my list for next Europe trip.