Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Saturday, 4 April 2026

2025 Autumn wanderlust, Dutch edition - Zaanse Schans and Zaandam; Day 2

 “Between the still canals and spinning windmills, time slows—just enough for me to love you longer.”

6 Nov 2025 (Thu)

New day, new place. Plan hari ni ke Zaanse Schans kita. Zaanse Schans ni adalah heritage village yang terkenal dengan deretan kincir angin (windmills). Suasana kampung ni dipelihara seperti zaman abad ke 18 dan 19. Semua kincir angin di sini berkonsepkan traditional.

Dari Amsterdam Centraal, boleh naik train terus ke station Zaandijk – Zaanse Schans. Masa diambil hanyalah lebih kurang 17 minit. Dari train station, boleh berjalan sambil menikmati pemandangan terus ke Kawasan kampung. Free entry je nak masuk kampung ni. Dari jauh dah kelihatan deretan kincir angin tersebut. 

otw ke entrance akan lalu building ni

kena cross jambatan dulu


Disebabkan kami sampai pagi, suasana sangatlah nyaman. Tapi ramai juga pelancong yang dah sampai. Sampaikan terpaksa ‘q’ di Kawasan strategik utk bergambar. Di Kawasan ni, selain kincir angin, ada muzium, café, bakery dan juga souvenir shop.

Map seluruh kawasan






Ada pakcik baik hati offer amekkan gambar


Itik kat sini jinak2 belaka. Nampak kami keluarkan biskut, beramai2 dia datang nk ngendeng. Siap berebut biskut dgn burung lak tu. Cantik dan comel. Pergi kedai souvenir, staff kat situ dari Filipina. Kami siap interview dia lagi macam mana dia dpt keje kat situ hahaha sbb katanya dah lama dah dia menetap di Amsterdam.


Dah habis melawat Kawasan, kami pun berjalan ke train station semula. On the way balik, turun dulu di Zaandam, bersiar2 kejap di sini.

Zaandam ni Kawasan bandar. Kalau nak shopping, boleh je shopping di sini. Sempat la juga kami masuk ke Primark look see look see hehe…

Landmark yg famous di Zaandam adalah Inntel Hotel Amsterdam Zaandam. Hotel ni famous disebabkan architecture nya. Di luarnya seperti rumah2 hijau yang ditindih bersama. Features yang sangat unik.








Selepas itu, kami pun balik ke hotel, makan dan rehat. Sebab malamnya, nak keluar semula. Nak jalan2 di bandar Amsterdam di waktu malam.

No comments:

Post a Comment