10 Dec 23 (Sun)
Plan asal kenapa kami include St Moritz ni adalah disebabkan nak naik Glacier express. Glacier Express ni adalah train yang ada panoramic window. Start dari Zermatt ke St Moritz dan vice versa. Masa tu aku confident dpt beli tiket. Tiket sales utk winter opened in Oct kalau tak silap. Aku terlambat few hours je, masuk2 online dah sold out huhuhu. Silapnya aku dah book hotel siap2, dan tak boleh cancel. Jadinya terpaksa naik regular train dan bertukar2 train nya.
Perjalanan mengambil masa 8 jam. Perjalanan menempuh kampung2 dan pergunungan. Tapi dah nama pun Switzerland, mana2 pun view cantik. Yang sangat impressive adalah system train tu yang segala ceruk kampung dia sampai.
Dalam pukul 3 jugaklah baru sampai di St Moritz. Punyalah gigih bukak map cari direction hotel dan menapak dengan luggage, rupa-rupanya ada jalan shortcut memandangkan hotel tu betul2 dekat dgn train station kahkahkah. Cumanya kena mendaki sikit la nak ke hotel tu. Actually hotel ni berhadapan dgn tasik. So bila winter, tasik pun beku, Nampak putih je.
![]() |
hotel yg kami stay di seberang tasik tu |
Memandangkan kami ada sedikit je masa di St Moritz, lepas rehat2 sekejap di bilik, kami pun bergerak keluar utk explore town. Kami menapak sahaja sebab jarak yg agak dekat.
Sedikit info mengenai St Moritz. Ia adalah óriginal winter wonderland’for Switzerland. Terkenal di kalangan royals dan celebrities, memang padanlah dengan gelaran luxury resort town tu.
Terdapat deretan butik2 mewah sepanjang di bandar ni. Kami hanya mampu pandang dari luar sajalah sambil-sambil perasan kaya. Sempat la juga singgah di kedai kebab utk mengisi perut.
Dah selesai makan, kami pun sambung explore town dan balik ke bilik. Esok pagi nak naik train ke final destination di Swiss, Zurich.
No comments:
Post a Comment