Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Monday, 3 August 2020

Company Trip 2020; Jogjakarta - Candi Borobudur

Adoii..
baru berkesempatan nak sambung. Punya la lama. MCO pun dah jadi RMCO.

Okay, lepas lunch hari ke dua, kami pun di bawa ala rombongan ke Candi Borobudur. Candi ni entrance dan exit di kawasan yang berbeza, so pengunjung tak akan berpatah balik. Rombongan kami ni ada 2 bas. Maka berbondong-bondonglah kami menapak ke arah candi.

Masa sampai ni cuaca dah agak gelap, sudah la tak bawa payung, risau juga. Di sepanjang jalan, makanya ramailah peniaga yang membuat perkhidmatan menyewa payung. Tak ingat pula harga nya.

Agak jauh juga nak menapak ke Candi tu. Layankan je lah. Kami dibahagikan kepada beberapa group. Setiap group ada Guide yang akan menerangkan sejarah candi tu.

Mari layan gambar.








Selesai je tour kami di luar Candi, hujan pun turun selebat-lebatnya. Sudah la exit nya jauh lagi nak menapak. Makan berbasah kuyup la kami semuanya termasuk la Big Boss..Haha..

No comments:

Post a Comment