Nampak betapa aku suka naik Cameron. Januari lepas dah naik. Lepas MCO pun naik lagi..Haha..
Aku dan BB naik Julai lepas. Tak ku sangka tak ku duga orang ramai macam semut!!! Memang nasib la pada trip kali ni. Haha.
Kami purposely naik ikut Simpang Pulai sebab nak singgah di Avant Chocolate dulu. Masa kami sampai ni dalam 11 lebih. Tapi orang memang ramai. Kat Cafe tu meja semua penuh. Bila dah ramai macam tu, ko rasa ada ke penjarakan sosial...Huhu..
Kalo nengok kek dan aiskrim tu memang la menarik. Harga agak mahal ya. Kalau nak try apa salahnya kan. Nama pun cuti. Disebabkan ramai, end up kami tak duduk pun minum2. Just jalan2 kejap dan riki2 cookies dan chocolate dan terus beredar.
On the way turun, sebelum sampai Kg Raja, jalan dah start jem. Memang gerak slow2. Ingat nak try Safari Adventurous tu, tapi masa tu tengah panas terik. Takde rasa sejuk langsung. Maklumla kami ni kan puteri/putera lilin..Haha..Cancel la pulak..
Lepas tu hajat nak singgah Lavender Garden, sekali takut tengok crowd yang sangat ramai. Parking pun nan hado. Makanya kami pun pass by je la..Aduss..cuti apa mcm nih.
Memang sepanjang jalan tu, mana2 yang ada tourist spot, orang macam semut. Point jem nya adalah Kea Farm tu. Lepas Kea Farm ke Brinchang, jalan dah smooth. Vice versa pulak jalan dari Brinchang naik Kea Farm. Bertabahlah masing-masing.
Untuk lunch, malas nak fikir panjang, kami hanya makan di Food Court di Tanah Rata, dan terus check-in hotel.
No comments:
Post a Comment