Salam Ramadan buat semua. Kejap je kita dah menginjak ke bulan puasa nih.
jadi bulan ni mcm xde mood lagi nak stori pasal makan. Maklumla selalunya aku update blog pagi2 before office hours. Kang citer pasal makan lapar lak pagi2 ni.
Ok just nak stori sikit pasal company trip/meeting di Penang 2 hari selepas mengundi baru2 nih. Trip ni kiranya paksa rela la dari management..Tapi bila dah hampir pada date tu, agenda nya hanyalah full day meeting satu hari penuh, dan selebihnya dari 3 hari 2 mlm tu adalah free and easy. Oklah..Boleh la nak chillax gitu. Nak pulak hotel nya Shangri-La Rasa Sayang, so terubat sikit la lara.
Mari tengok suasana bilik yg kami dapat. Overall, kalau namanya 5 Star hotel, dah tentulah puas hati dgn servis yg diberikan. Room service pun 2 kali sehari. Macam biasa la amenities dalam hotel. Bath and body set, flip flop kalo nak ke pantai, bathrob, welcome fruit, coffee and tea dan iron dan board.
|
2 super single beds |
|
View dari balkoni |
|
Drinking water. kalo nk bawak balik botol tu kena bayar |
|
ada asam buah pala bawah tudung saji
|
|
Buffet breakfast. Sgt bnyk choice dan sedap2 belaka. Makan smpi muntah |
|
Private beach |
|
Nak mandi boleh tp dia letak sigboard beware of jellyfish. tak berani la den... |
Malam first tu, after company dinner, aku and few colleague gi la menapak ke Batu Feringgi town tu nak jenguk ke pasar malam yg dikatakan happening. Tapi bila diperhatikan, kebanyakan barangnya mcm di Uptown je..Cuma ada sebahagian kecil peniaga yg menjual barang yg takde kat tempat lain. End up, kami menapak sampai ke Hard Rock Hotel. Ada la dalam 1.5km dari hotel kami..Hahha..Akhirnya, kami call Grab untuk balik ke Rasa Sayang. Pancit uollsss..
|
Berpeluh2 masa nih |
Itu je kot update kali nih. Malam kedua kami dinner di Padang Kota Lama. Sangat ramai orang dan pada aku, makanannya agak overrated. Lepas makan balik ke Batu Feringgi dan lepak sambil membawang (time ni belum posa lagi..haha) di Starbuck.
Till then...Adios
No comments:
Post a Comment