Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Friday, 9 June 2017

Percutian ke Sabah; Sepetang di Kota Kinabalu. Day 3

Lepas asar nak ke maghrib, barulah kami keluar berjalan ke arah Waterfront. Dari Promenade nak ke Waterfront agak dekat. Dlm 15 minit sahaja. Boleh juga layan sunset di Waterfront tu.

layan sunset
statue comel..ada lagi statue besar depan sket.
Kami terus ke Food arena berhadapan statue. Hajat nak makan seafood. Terdapat banyak gerai makan. Pilih saja mana yg rasa berkenan di hati. Fresh seafood were displayed in front. Pilih dan timbang dan decide nak masak apa. Kami memilih Gerai Sinar Delima. Itupun atas recommendation blogger yg lain. Teringin nak makan lobster, kami pilih seekor yg sedang2 saja. Pacik tu kata masak telur asin la sedap. Menu lain adalah sotong goreng tepung, dan ketam blackpepper. Lobster tu kuahnya agak pekat. Tp manis jugak isinya. Sotong maveles dan ketam juga agak pekat. Mujur ada sambal jawa yang terangkat. Dengan adanya sambal ni, maka selera pun bertambah. Memang terlebih kenyang malam tu. Total utk 2 orang adalah RM92.




On the way balik, barula kami singgah bershopping. Kalau nak beli ikan bilis atau ikan masin, boleh singgah di pasar Filipina. Adala dalam 2kg jugak ku borong. Di samping ikan masin fevered BB. Dah tu tersangkut pulak di bahagian accessories. Makanya pearl brooch dan bracelet menjadi pilihan. Hihi aku ni kalau x shopping memang tak sah. Itu adalah perkara wajib bila berjalan/travel. Aktiviti malam tu hanyalah lepak2 layan perasaan dan bersiap packing bag.

No comments:

Post a Comment