Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Thursday, 15 June 2017

Jalan-jalan Cari Makan: Temerloh, Pahang

Okay, kali ni nak share pasal short trip aku dan BB ke Kuantan hujung  bulan April hari tu. Saja-saja je nak spent time berdua sambil JJCM. Lagipun BB skrg ni keje x tentu masa, wiken belum tentu ada di rumah. Huhuhu..

Pagi2 kami dah bergerak dari Bangi. Ingatkan nak breakfast di Setapak, tapi dah lapar sangat, breakfast di Bangi saje..haha..Macam biasa lah perjalanan melalui Karak tu. Kami plan nak lunch tempoyak di Temerloh. Yela, kalau da sampai Termerloh ni, apa lagi yg dicari kalau tak ikan patin. BB pulak prefers ikan baung. Maka menggugel la aku survey Resto mana yg sedap di Temerloh ni disebabkan terlalu banyak pilihan.
posing dulu sblm isi perut

Cik gugel bgtau yg femes yg org selalu update adalah Restoran Go’Bang Maju Patin Tempoyak. Ada lagi resto yg lain tapi bila di Waze, Resto ni yg paling dekat dgn kami masa tu. Time kami sampai tu dah dekat kul 1pm. Org memang penuh dan agak payah nak cari parking. Kebetulan sebelahnya ada car wash, jadinya kami park di car wash. Alang2 biarlah keta tu mandi sekali..

Kami mmg amek signature dish dia iaitu patin tempoyak. Sayangnya ikan baung x available, maka BB amek patin goreng garing. Dan amek juga acar buah untuk bekalan nanti. Kami mmg amek set nasi yang dah termasuk salad dan keropok. Kuah tempoyak agak pekat dan kena dgn selera walaupun sedikit masam bagi aku.  Licin la juga kami kerjakan. Tp acar buah tu so so saja.


No comments:

Post a Comment