Macam biasa, pagi2 kami dah bangun dan breakfast. Menunya sama seperti semalam..hihi..Cuaca pagi itu agak berkabus yg agak melitupi gunung.
|
view dari Lodge pagi tu |
|
recommend stay sini |
Selepas check-out, kami singgah di Kinabalu Park. Kami park di bawah sahaja dan menapak naik. Rupa-rupanya agak jauh kalau nak berjalan kaki ke Timpohon Gate tu. Seeloknya drive terus ke sana. Kami sempat bertanya di kaunter kalau2 ada coach ke gate tu. Sememangnya ada. Tapi pakcik tu kata, pagi ni mmg tak Nampak puncak sbb kabus tebal. Jadinya rugi kalau bayar coach tapi gambarnya tak cantik. Oklah. Pasrah disitu.
|
kami park di bawah. sila drive ke atas ye |
On the way turun, sempat lah singgah di Pekan Nabalu. Boleh juga kalau nak beli ole2 di sini. Aku just beli keropok ubi sahaja. Sebab plan kami adalah untuk bershopping di Pasar Filipina di KK nanti.
|
view dari gerai Pekan Nabalu |
Masa balik ni barulah kami singgah di Jambatan Tamparuli, itupun x sengaja terjumpa masa lalu di pekan Tamparuli. Barulah kami tahu yg ada dua jambatan. Satu moden, satu jambatan gantung. Di bawah jambatan gantung, ada satu lagi jambatan untuk seberang sungai. Yg ni untuk kenderaan lah. Tapinya hanya satu lorong dan tiada guard rail di kiri kanan. Kalo ko tiba2 terbabas alamatnya terjunam ke dalam sungai.
|
jambatan gantung |
|
tiada guard rail. sila berhati-hati |
|
ni jambatan moden |
Selepas tu, teruslah kami ke KK, ingat nak singgah Jesselton Pier sekejap. Tapi mcm xde parking lak. Makanya terus lah ke Promenade Hotel. Disebabkan masih awal untuk check-in, kami lepak2 dulu di Mall berhadapan hotel, iaitu Oceanus Waterfront Mall. Mall ni agak baru. Banyak kedai tak bukak lagi. Tapi Hard Rock café terletak di dlm mall ni. Malas nak jalan jauh2, penyudahnya, kami lunch di Nandos sahaja.
No comments:
Post a Comment