Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Thursday, 2 June 2016

Anniversary Trip; Percutian ke Koh Samui Thailand - Day 1

Salam semua. Trip kali ni adalah trip anniversary kami yg ke 10. Tak sangka dah satu dekad rupanya aku dan BB disatukan. Hihi.

Aku yg pilih Koh Samui ni sebab da baca beberapa review yg menarik. Tapi kami x ambil flight direct sebab sgt mahal. Makanya kami pilih Air Asia ke Surat Thani. Satu lagi, route ni takde daily flight. Dia selang sehari. Either you choose 3 days or 5 days. Memandangkan perjalanan dari Surat Thani ke Samui pun da makan masa dekat setengah hari, makanya kami decided untuk bercuti selama 5 hari di mana sehari akhir nanti kami layover di Surat Thani (ST).

Flight dari KL kul 12pm, touched down ST about 12.30pm local time. (Thailand 1 jam beza dr Malaysia). Di airport, kami terus ke kaunter Phantip Tour (spt yg di suggest oleh bbrp blogger). Boleh terus beli return pakej (airport-Donsak jeti-Seatran ferry-Nathon Pier-Samui Hotel, dan balik; Samui Hotel-Nathon Pier-Seatran ferry-Donsak Jeti-ST, from ST hotel-aiport). Pakej return adalah THB1100/pax.
view dari dlm bas. masa ni hujan renyai
Dari Aiport ke Donsak jetty tu ambil masa lebih kurang 1.5 jam. Ferry yg kami naiki adalah Seatran ferry. Besar feri ni, 3 tingkat. Bawah skali utk kenderaan, lagi level 2 dan 3 utk org ramai di mana level 2 ada hall yg berekon dan café, dan level 3 open air. Masa ni kami pilih open air, ingatkan berangin la sgt tapi x seberapa. Perjalanan mengambil masa 1.5 jam lagi. Sampai di Nathon pier, sila cari kembali Phantip nyer org (Sticker akan dilekatkan di baju masa beli pakej). Dari pier, van adalah ikut kawasan penginapan. Kami stay di Lamai beach.
perjalanan ke Donsak Jetty
dah sampai Donsak. Minah saleh tu kalo dari depan ala2 Anne Hathaway sikit

US. After 10 years...
view dari ferry

Hotel yg kami stay adalah Pattra Vill Resort. Nanti aku buat entry lain utk hotel review. Lepas check-in, rehat2 jap, kami keluar ke Lamai stretch utk cari makan. Malangnya, satu kedai halal pun x kelihatan. Yg ada adalah banana pancake. Stall. Pacik pancake ckp area situ mmg xde, even McD pun x halal. Makanya kami pun keluar masuk Family Mart dan 7E nak cari megi halal. Nasib baik la jumpa walaupun agak susah. Dinner kami malam tu, banana cinnamon pancake and choc pancake for BB, dan megi tomyam.
malam2 di Lamai 
makan pancake pacik ni je

1 comment:

  1. Lain kali kalo visit Samui, inap di hostel saya yaaa https://www.facebook.com/baanhinlad/

    ReplyDelete