Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Monday, 19 December 2016

Percutian Eropah 2016: Autumn in My Heart - Day 13; Roermond, Netherlands, Last day

Tuesday 11 October 2016

Hari tu adalah hari terakhir kami di bumi Eropah. Sedih pun ada, excited nak balik pun ada. Memandangkan flight kami pukul 5 ptg, ada lah lagi saki baki masa nak jalan2 shopping. Pagi2 kami dah keluar berjalan2 di kawasan sekitar. Mak aii..sejuk dan berkabus weh.. sejuknya smpi ke tulang. Maklumla glove pun  x pakai. Tak silap dlm 2-3 C masa tu. 

Kami purposely jalan2 kawasan kedai2 tu nak nengok apa yg ada. Si Farah nak cari kedai Apple, nak tanya kot2 ada stock tuk Iphone 7. Aku plak nak gak cari kedai perfume. Kot2 ada yg murah nak mamp mcm kat UK dulu tu..hahaha

Memang ada 2 3 sekitar situ. Tp kami masuk satu kedai je. Mmg agak murah. Kalau set plak ada yg 10euro sahaja. Makanya beli lah utk diri sendiri dan BB. Lotion dan mask kecik2 pun ada. Singgah pulak di pasaraya berdekatan. Hampir meroyan aku disitu disebabkan murahnya barang2 dlm tu. Nasib baik sedar diri weh.


Jalan2 sekitar shopping street 
Dah dekat kul 11 barulah kami menapak semula ke Designer Outlet. Kami bajet nak naik train kul 1pm so ngam2 3pm sampai Schipol. Sempatlah Farah memborong apa yg patut. Seksa juga nak mengheret luggage tu dari B&B ke train station. Maklumla isi dah bertambah. Kaki pun dah penat.

Mujurlah train tak ramai org jadinya kami boleh susun semula luggage kami yg dah berselarak disebabkan penambahan brg sebentar tadi.

Ooh ye. kalau nak claim tax refund di airport, hendaklah diclaim resit bersama2 barang yg dibeli. Mcm kami dah tersilap, pegi check-in luggage dulu baru nak claim refund tax. Bagi yg tiada brg bersama, resit tu hendaklah di cop di kastam Malaysia barulah dipos semula ke Negara yg kita beli brg tu. Agak renyah di situ.

Anyway, pukul  5pm kami pun meninggalkan bumi Eropah dengan seribu kenangan. Bittersweet kata org. Selamat lah sampai di bumi bertuah ini walaupun separuh hati ku dah tertinggal di Europe

Hmmm..maka bermulalah kembali  sesi menyimpan tabung travel utk destinasi seterusnya InsyaAllah.


No comments:

Post a Comment