Bukan senang nak pilih hotel/resort di Koh Samui ni. sebabnya terlalu banyak pilihan. Terpulang pada pengunjung, nak bajet ke, luxury ke, nak pantai belah mana ke. Lama jugak aku survey mana yang berkenan. Last2 pilih Pattra Ville Resort nih. Resort ni masih baru, dibuka Ogos 2015. Tapi mempunyai review yang sgt baik. Kalau refer review di Trip Advisor, mostly adalah excellent dan very good. Makanya aku pilih resort ni, dan book via Agoda sebab dapat 50% off.
Memang tak salah pilih. Aku mmg rate excellent kat Resort ni. You can feel the full extent of Thai hospitality here. Even Alaya Hotel Bali yg lagi mahal rate dia tak leh celen customer servis kat sini. Nampakkk.
Kami sampai masa tu dalam pukul 6.30ptg. Check-in was smooth. Macam biasa, dpt free welcome drink dan wet towel. Then, receptionist siap bawa kami ke bilik. Masa nak naik tu, nengok2 luggage da xde kat lobi. Rupanya masa tengah check-in, staff nye da bawak naik ke bilik. Masuk bilik, minah tu pun explain la satu2. Camne nak carik channel tv la, beza towel bilik dan towel pool lah, dan semuanya diterangkan satu persatu. When she was about to leave, dia tanya utk breakfast kami ada preference tak. Of coz kami kata no pork please. Dia kata ok nanti dia inform kitchen.
Biliknye memang besar. Katil super besar, 4 org tido pun boleh. Haha. Balcony pun besar, bathroom pun besar. Ada sofa, microwave, fridge, safety box dan bathrobe. Channel TV memang banyak, tapinye nak cari channel yg cakap English hanya 2 saja. Huhu.
Breakfast selama 3 hari kami dihidangkan dengan seafood. Maknanya, guest yg lain kena makan makanan yg sama juga..hihi..Then, masa breakfast juga kitchen akan hidangkan side dishes contohnya bubur ke, omelette ke, depends on us.
Resort ni kira cozy sebab its a small scale resort. so xde la bersesak2 dgn orang lain. Overall, memang puas hati and recommended!
 |
katil yg besau... |
 |
sliding door tu dua hala. boleh nampak shower dan toilet dari situ |
 |
BB ngah check halal ke idak sos tu..huhu |
 |
Lobi |
 |
view dari lobi terus ke main road |
 |
Swimming pool yg best dan xde orang |
No comments:
Post a Comment