Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Monday, 6 June 2016

Anniversary Trip; Percutian ke Koh Samui Thailand - Day 2 pt.2

Menjelang petang, cuaca pun dah bertukar cerah. Sempatlah kami swimming dalam 2-3 lap dan bersiap2 utk keluar semula. Petang tu, kami decide nak ke arah Chaweng pula. Sebenarnya, jarak Lamai dan Chaweng tak la jauh, tapi perjalanan berbukit, dan naik motor plak tu, rasa mcm jauhnya lah hai..huhu.. Sempat la jugak singgah di satu view point sebelum sampai Chaweng. 
view point antara Lamai dan Chaweng

Pantai Chaweng di kejauhan
Di Chaweng, kami hanya berjalan sekitarnya sahaja dan dapatlah rembat 4 helai t-shirt. (agak mahal compare dgn Phuket dan Krabi). Dan habis jalan, kami singgah di restoran Halal Fa Ria (as recommended by most bloggers). Resto ni berhadapan dgn Bangkok Hospital ye kawan-kawan.
betul2 depan hosp ni


Dinner malam tu skali lagi tomyam tp tomyam merah dan telur dadar. Tapi tomyam nya agak cair. Total campur Teh o ais 2 adalah THB290. Pas makan kami terus balik ke Lamai dan berjalan2 di Lamai sahaja. 

Friday, 3 June 2016

Anniversary Trip; Percutian ke Koh Samui Thailand - Day 2 pt.1

Pagi itu, selepas breakfast di hotel, kami pun terus ke kaunter reception utk sewa motor. Ada dua pilihan utk sewa kenderaan di Koh Samui. Either direct dgn hotel atau pergi sendiri ke kedai2 tepi jalan tu. Mmg banyak pilihan. Tapi kebanyakan kedai2 di luar tu requires customer to leave their passport as deposit. Of coz aku skeptical dan x berani nak tgglkan passport dgn sebarangan org. bukan ke masa di luar Negara passport adalah ibarat IC kita, jadinya takkan lah aku tinggalkan. Di hotel, x perlukan passport sebab hotel dah ada semua info pasal kita. The cons is that via hotel, harganya agak mahal lah. Terpulang dgn kehendak masing2. Motor sewa kami pilih yg agak besar. Rate nya adalah THB400 utk 2 hari.
spageti seafood yg sedap
Tempat pertama kami singgah adalah Hin Ta dan Hin Yai. (Grandfather,Grandmother Rocks). Kenapa digelar nama ni, lihatlah sendiri gambar. Ada cerita disebaliknya. Hin Yai tu kami x dapat snap gambar properly sebab ramai org masa ni. Tp nama pun grandmother kan, mestilah malu-malu gitu. Haha. Tapi view di sini adalah cantik. Ada jugak view point di mana pengunjung kena panjat tangga untuk sampai ke puncak. Entrance fee adalah THB10/pax. Sempat jugak kami makan aiskrim kelapa yg sgt best. Hihi. 
nampak apa yg aku nampak..haha
sebelah sana si nenek

nenek malu nakkk..
merenung masa depan

view dari view pont



kucing penunggu tangga naik view point

me chillin wif coconut icecream
Next, kami meneruskan explorasi untuk mencari zoo dan aquarium. Sebab ada tiger show dan boleh posing ngan rimau. Lokasi nya agak ke dalam kawasan kampung dan bersebelahan dengan Orchid Resort kalau x silap. Tapi tak sure pulak apa nama pantai tu. Masa kami sampai ni, baru pukul 12pm. Show start 2.30pm. Makanya tak sanggup la nak menunggu, kami pun decide nak patah balik untuk mencari perkampungan muslim. Masa ni pun, hujan dah turun dan agak lebat. Kampung nya jumpa, tapi kedai makannya x jumpa la pulak. Last2 kami keluar ke jalan besar balik. 
Pantai apakah ini

Ada satu restoran halal berdekatan dengan satu temple ni. Tak ingat la pulak nama temple nya tp ada statue Guan Yin yg sgt besar. Boleh dijadikan landmark. Masih berdekatan dengan Lamai tapi menuju ke arah Nathon ye. 
statue Guan Yin tu
Owner restoran ni, pakcik dan makcik dua2 boleh kecek kelate. Sgt peramah. Kami order Tomyam putih dan kailan belacan. Sedap. Banyak pulak tu isi nya. Total dengan 2 teh o ais dan 1 kopi ais adalah THB360.

Memandangkan cuaca pun x berapa baik, we decided nak balik hotel dulu dan rehat2 sebelum keluar semula.

Thursday, 2 June 2016

Anniversary Trip; Percutian ke Koh Samui Thailand - Day 1

Salam semua. Trip kali ni adalah trip anniversary kami yg ke 10. Tak sangka dah satu dekad rupanya aku dan BB disatukan. Hihi.

Aku yg pilih Koh Samui ni sebab da baca beberapa review yg menarik. Tapi kami x ambil flight direct sebab sgt mahal. Makanya kami pilih Air Asia ke Surat Thani. Satu lagi, route ni takde daily flight. Dia selang sehari. Either you choose 3 days or 5 days. Memandangkan perjalanan dari Surat Thani ke Samui pun da makan masa dekat setengah hari, makanya kami decided untuk bercuti selama 5 hari di mana sehari akhir nanti kami layover di Surat Thani (ST).

Flight dari KL kul 12pm, touched down ST about 12.30pm local time. (Thailand 1 jam beza dr Malaysia). Di airport, kami terus ke kaunter Phantip Tour (spt yg di suggest oleh bbrp blogger). Boleh terus beli return pakej (airport-Donsak jeti-Seatran ferry-Nathon Pier-Samui Hotel, dan balik; Samui Hotel-Nathon Pier-Seatran ferry-Donsak Jeti-ST, from ST hotel-aiport). Pakej return adalah THB1100/pax.
view dari dlm bas. masa ni hujan renyai
Dari Aiport ke Donsak jetty tu ambil masa lebih kurang 1.5 jam. Ferry yg kami naiki adalah Seatran ferry. Besar feri ni, 3 tingkat. Bawah skali utk kenderaan, lagi level 2 dan 3 utk org ramai di mana level 2 ada hall yg berekon dan café, dan level 3 open air. Masa ni kami pilih open air, ingatkan berangin la sgt tapi x seberapa. Perjalanan mengambil masa 1.5 jam lagi. Sampai di Nathon pier, sila cari kembali Phantip nyer org (Sticker akan dilekatkan di baju masa beli pakej). Dari pier, van adalah ikut kawasan penginapan. Kami stay di Lamai beach.
perjalanan ke Donsak Jetty
dah sampai Donsak. Minah saleh tu kalo dari depan ala2 Anne Hathaway sikit

US. After 10 years...
view dari ferry

Hotel yg kami stay adalah Pattra Vill Resort. Nanti aku buat entry lain utk hotel review. Lepas check-in, rehat2 jap, kami keluar ke Lamai stretch utk cari makan. Malangnya, satu kedai halal pun x kelihatan. Yg ada adalah banana pancake. Stall. Pacik pancake ckp area situ mmg xde, even McD pun x halal. Makanya kami pun keluar masuk Family Mart dan 7E nak cari megi halal. Nasib baik la jumpa walaupun agak susah. Dinner kami malam tu, banana cinnamon pancake and choc pancake for BB, dan megi tomyam.
malam2 di Lamai 
makan pancake pacik ni je

Tuesday, 24 May 2016

Plain Bawal Ol Skool - Bawal No. 2

Salam kepada pembaca blog ku tersayang..Hihi Skrg ni CM dah start joining online business. Dan memandangkan CM ni pemakai bawal tegar, makanya bawallah yang CM jual ni. kepada peminat setia bawal CM bawakan bawal2 seperti di bawah ye...

Ol Skool Bawal No. 2. Half back full polkadot stone
RM30 exclude postage
Whatssap :
0167207939 - Ida
0167217939 - Zul

*Postage - RM6 (WM) RM10 (EM)
*Pembelian 3 helai ke atas - free postage


Black
Yellow
green
Navy blue
light brown
dark grey
light purple
peach pink