Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Monday, 23 May 2016

Pre-birthday trip; Bali - Indonesia

Ok. Mood nak mengarang dah datang. Nie pasal trip aku n BB ke Bali bulan Mac ari tu. Boleh dikatakan as a pre-besday trip for me. Ehehehe..It has been a while since BB and I had our trip together.

Disebabkan aku dah sampai Bali on Mac 2014 (haha exactly 2 tahun) dgn cik Ita, makanya trip kali ni ingat nak buat ala2 santai gitu. Kami tak buat apa2 plan sebelum pergi. Supir ke apa ke aku x cari pun. Konon2 nak buat water activity.

Flight kami lewat petang, so dalam 8.30pm baru sampai di Bali. Di airport, transport hotel dah menunggu. Lupa la nak snap signage nama aku tu. Kikiki…Kali ni kami stay di Ayana Resort, Kuta. Hotelnya quite nice. We were served lemon grass tea as welcome drinks. Sedap la jugak. Dapat bilik pun agak besar. Tapi view nya agak kureng sebab Nampak view belakang. Malam tu kami dinner megi je sebab masing2 malas nak keluar.
bathroom tu kalo dgn laki sendirik pun segan  bolehla tarik langsir ye..
Esok nya dlm pukul 9 pagi, kami pun berjalan keluar ke jalan besar, ke Kuta. Plan asal nak sewa motor je sebab ingat nak round2 berdekatan je. Tapi sebenarnya dari semlm lagi BB asyik nak survey kereta dan supir pulak. Malas nak tunggang moto la tu. So kami survey dua2.  Utk motor, kalau internet rate, IDR50,000 dah boleh dpt motor yg ok, tp bila kami tanya2 operator kat tepi2 jalan tu, mak aii sampai IDR80,000! Of course la kalo tawar menawar aku yakin dpt lagi murah but then BB n aku ni x reti plak dlm bab2 cenggini. End up kami amek pakej kereta dan supir.

Bincang2 ngan BB, kami decided amek route ke Bedugul. Antara tpt yg femes di Bali adalah seperti Tanah Lot, Kintamani dan Jimbaran. Tapi memandangkan aku dah pegi dgn Cik Ita ari tu, bolehla letak ke tepi. BB pun tak kisah. Untuk pakej ke Bedugul ni, tak banyak tempat yg dpt kami singgah memandangkan perjalanan agak jauh.
tak ingat brader ni jual apa..huhu
Tempat pertama yg kami lawati adalah Taman Ayun, di perkampungan Mengwi. Ianya adalah kawasan temple jugak. Taman ni dulunya adalah Taman diRaja di mana hanya boleh dimasuki oleh raja dan keturunannya sahaja untuk bermain.  Time ni baru pukul 11 lebih tapi da panas terik. Anyway, kami pun pusing2 dalam taman tu, tangkap gamba mana yg patut dan beredar utk ke destinasi seterusnya.




Selepas itu, bermulalah perjalanan yg agak panjang menelusuri kampung dan pekan kecil dan mendaki untuk ke Bedugul. Bedugul ni terletak di atas bukit dan di hujung  tasik, dipanggil Tasik Bratan. Di pertengahan jalan, kami di bawa untuk singgah di ladang kopi Luwak. Di sini, pengunjung boleh lihat cara2 penyediaan kopi luwak dari bahan mentahnya iaitu tahi musang (Luwak) kepada serbuk kopi. Kalau nak rasa Luwak kopi ni, kena bayar ye. lain2 flavor kopi dan the adalah percuma untuk di rasa. Kalau berminat nak beli, akan di bawa ke kedainya. Bolehlah membeli belah di situ.
Kami meneruskan perjalanan mendaki. Ala2 mendaki Cameon gitu. Masa nak sampai ke Bedugul, hujan pun turun dgn lebatnya. Makanya kami pun di bawa ke restoran untuk makan tengahari sementara tunggu reda. Di restoran ni, boleh pilih nak buffet ke atau  ala carte. Sebenarnya, berbaloi lah kalo amek yg buffet. Makanya makan la kami puas2 di situ.

Pabila hujan reda, terusla ke Bedugul temple atau nama penuhnya, Pura Ulun Danu Bratan. Haruslah org ramai juga di situ. Semuanya menunggu hujan reda dan terus menyerbu ke pintu masuk..hahaha..
Kawasannya mmg cantik disebabkan terletak di kawasan tasik. Cuaca pun sejuk kerana di tanah tinggi. Ada juga aktiviti seperti bersiar dgn bot, berkayak dan sebagainya. Kami hanya berlegar2 sambil mengambil gambar buat kenangan. Dah puas, kami pun decided untuk balik ke hotel di Kuta.










Malamnya, kami hanya berjalan2 di Kuta sambal mencari makan. Disebabkan 98% restoran menghidangkan babi guling, agak hampa la juga. Tapi masa nak give up tu, nampakla satu restoran halal yang menghidangkan ayam penyet. Alhamdulillah, terisi la perut kami malam tu.

Keesokannya, kami sambung berjalan hingga ke pantai Kuta, mencari souvenir dan menjamu mata. Sempatlah jalan2 dalam shopping mall sambil compare harga dgn mall di Malaysia. Agak berbeza la jugak di mana di Bali adalah terlebih mahal. Makanya kami hanya lunch di Burger King dan kembali ke hotel sambil menunggu van ke airport dan balik Malaysia..




boleh juga refer  sini untuk percutian aku dan Cik Ita sblm ni.

Itulah saja catatatan utk kali ni. until next time…

Monday, 11 April 2016

Weekend Getaway: Universal Studio Singapore (USS)

Ini adalah entry tertunda haha. Actually aku agak bz dan jugak stress dengan keje lately sampaikan x sempat and xde mood nak update blog kesayanganku ini.

Ini trip aku dan Cik Ita ke JB dan USS January yg lepas. Kami beli pakej di Matta Fair Sept 2015 lalu. Pakejnya sekali dgn hotel utk 3 hari 2 mlm, entrance fee,  termasuk transport pegi dan balik dari hotel ke USS.

First day, kami just jalan2 santai dari Bangi ke JB, stop di Warung Nek Munah, Melaka for breakfast, stop di Ayer Hitam utk tapau Putu bambu Special Juriah dan seterusnya singgah di JPO, sempat lah tapau perfume dan jugak handbag. Hahaha…..Puas hati barulah kami check-in hotel iaitu Hotel JB Sentral. Malam tu oun kami just order room service sebab dah malas nak keluar.

Second day barulah kami ke USS. Actually aku dah sampai USS ni tahun 2011 tapi masa tu takde Transformer ride lagi. so highlight utk aku ke USS ni adalah Trasnformer tersebut. Tambahan pulak 2011 tu aku tak naik apa2 ride pun dlm park tersebut.

Van pickup kami di hotel at 8.30am, dan turunkan kami di bus stop berdekatan JB Central utk kami naik bas persiaran terus ke USS. About 9am mcm tu, bas pun bergerak. Fortunately, org di imigresen kedua2 negara tak berapa ramai, so check in dan out kastam sgt smooth.
About 10.30 am, kami pun sampai di USS.


Of course, perkara pertama adalah utk bergambar di signage Universal tu kan. Haha..lepas tu barulah kami melangkah masuk. So it was expected that ramai org akan ke Transformer ride, makanya kami pun ke sana lah dulu. Masa masuk ke entrance ride tersebut, macam tak ramai manusia, tapi bila dah agak ke dalam, barulah Nampak orang2 semua tengah beratur. Agak lama la juga kami beratur baru sampai turn kami. Ride adalah 3D, so kena pakai spek 3D tu. Ok lah fun la jugak walaupun kejap je. Konon2 kami ni fighting dengan Megatron lah dan of course menang. Haha.
abam robot
kena q kalo nak tangkap gambo ngan deme. kami snap dr jauh je
mampookah nak pakai keta nih
Next kami pun berjalan2 dlm theme park tersebut. Antara ride yg kami naik adalah dalam Mummy return which was agak scary sebab dalam gelap. Aku pun ada certain2 part tu pejam mata sebab rasa berdebar2. Chewah. Then Jurassic Park ride. Yg ni kami duduk dalam bot pelampung yg bulat yg boleh menampung 8 orang. Ada certain2 tempat yg akan kena basah. Luckily it wasn’t me and Cik Ita. Insetad, mamat sebelah aku yg kena sembur ngan air..hahahaha..Antara ride yang tutup pulak adalah Water World dan Puss in Boots. Takpelah xde rezeki.
minion pun ada
ride utk bebudak tp kami belasah je
nak cari dinosor
nampak mcm x ramai tapi.....
Far Far Away...
Ride yg tutup
Shrekkk
Umah Shrekkkk
Sesame Street ngah perform
Mau pigi mana tu..
Eh..biopren baru ke
celebrity la sangat kan..
Kami lunch di halal food court yang berada dalam the Mummy nye park. Aku makan soto je dan air kelapa. Kami  juga solat di area Mummy tu. Suraunya agak kecil and can only accommodate about 3-4 people at once.

masuk ke ride yg menakutkan..
Disebabkan bas bergerak balik ke JB pukul 8.30 malam, so dah puas jalan dalam USS, kami berjalan pulak di luar USS tersebut. Nak panjat ke Merlion besar tu mcm tak larat dah. So end up amek gambar dari jauh je. Ahaks.
Dari jauh je 
Setelah seharian, dalam pukul 9.30-10 mlm, kami pun sampai semula ke JB. Malam tu dinner KFC je yg kami tapau di JB Central.

Esoknya, sebelum keluar dari JB, sempatlah kami singgah di Kacang Pool Haji yg terletak di area Bomba Larkin, barulah bergelak pulang.

Sekian….hihihi

Friday, 19 February 2016

Spoon Steakhouse, Kota Kemuning, Shah Alam

yeay..we have found new port utk Friday lunch. ni sebab dok mengugel tpt makan best di kota kemuning..maklumlah semua dah malas nak gi jauh2..kalo gi tpt dekat boleh la lepak lama sket kan..
Spoon Steakhouse ni location dia di Kota Kemuning. Owner nya adalah Muslim. 
Menu. Mak snap muka depan je..
deco dlm resto..
time ni dah penuh meja..cantik wallpaper tu
aku order Grilled chicken leg. it comes wif grilled honeydew, (sedap weh), salad and mash potato. Mash nye boleh tahan sedap. Ayam tu pun tender dan gravy nye pun okay. Nora bagi 4 bintang. Ehh...
My dish..
 Yg ni set nasi goreng which comes with drinks. Deme kata sedap. sampai licin itu pinggan..hahaha
Hoii nasi goreng..
Yang ni plak Carbonara.. Pun deme kata sedap..Next....

Yg ni Double chop. satu piece ayam n satu piece lamb..sedap dan sgt full..nak plak org yg makannye tu kecik molek..Pun licin sebab kena pau dgn org lain skali..

haa yg ni paling best for me..Air melon chee kiwi..Mix kiwi, honey dew dan laici..sedap weh x dpt ku gambarkan..kena rasa sendiri..haha

mmg kami puas hati dan akan slalu dtg sini..haha

P/S: masa entry ni, kami dah lepak for second time. Aku order Pasta olio..Pun sedap..Repeat order air melon chee kiwi la of coz.....

Thursday, 11 February 2016

Restoran Casa Lagenda, Melaka

bila mana aku outstation Melaka..haruslah ada sesi makan2 bersama my lovely Pn Mimie Pink. Kali ni sebelum makan sempatlah singgah di Zawara jap sambil menyopping baju sehelai dua..hahaha..

Jalan2 sekitar taman lagenda tu, maka ternampaklah restoran ni, Casa Lagenda. Resto ni menghidangkan masakan Cina Muslim. lokasinya adalah berdekatan Jusco Bandaraya Melaka, dan deretan kedai di belakang Zawara Melaka.

Makanya kami pun interested nak try. Banyak gak menu yg disediakan. Siap ada yg ada saiz lagi, Dari saiz S sampai ke L. Kononnya S tu untuk sorang la tapi mak aii..besar gak potion nya.

Mimie order nasi goreng n aku plak order Lala cili dan nasi putih. additional lauk kami order kangkung belacan. Nampak tak size tu actually semuanya S tp bila sampai..mak aii..Memang banyak..siap boleh tapau sket sebab dah sgt kenyang. Air lak aku order Tembikai longan..Slalu tembikai laici kan..

Overall, boleh tahan sedap la kat sini. Nasi goreng pun okay. Lala tu maybe bagi aku kalo lagi pedas lagi umpphh..hahaha...Tp ok je..

ok boleh datang lagi try lauk lain plak...

Untuk dua org makan..

eh dua2 pink kali nih..