Disebabkan aku dah sampai Bali on Mac 2014 (haha exactly 2 tahun) dgn cik Ita, makanya trip kali ni ingat nak buat ala2 santai gitu. Kami tak buat apa2 plan sebelum pergi. Supir ke apa ke aku x cari pun. Konon2 nak buat water activity.
Flight kami lewat petang, so dalam 8.30pm baru sampai di Bali. Di airport, transport hotel dah menunggu. Lupa la nak snap signage nama aku tu. Kikiki…Kali ni kami stay di Ayana Resort, Kuta. Hotelnya quite nice. We were served lemon grass tea as welcome drinks. Sedap la jugak. Dapat bilik pun agak besar. Tapi view nya agak kureng sebab Nampak view belakang. Malam tu kami dinner megi je sebab masing2 malas nak keluar.
bathroom tu kalo dgn laki sendirik pun segan bolehla tarik langsir ye.. |
Bincang2 ngan BB, kami decided amek route ke Bedugul. Antara tpt yg femes di Bali adalah seperti Tanah Lot, Kintamani dan Jimbaran. Tapi memandangkan aku dah pegi dgn Cik Ita ari tu, bolehla letak ke tepi. BB pun tak kisah. Untuk pakej ke Bedugul ni, tak banyak tempat yg dpt kami singgah memandangkan perjalanan agak jauh.
tak ingat brader ni jual apa..huhu |
Selepas itu, bermulalah perjalanan yg agak panjang menelusuri kampung dan pekan kecil dan mendaki untuk ke Bedugul. Bedugul ni terletak di atas bukit dan di hujung tasik, dipanggil Tasik Bratan. Di pertengahan jalan, kami di bawa untuk singgah di ladang kopi Luwak. Di sini, pengunjung boleh lihat cara2 penyediaan kopi luwak dari bahan mentahnya iaitu tahi musang (Luwak) kepada serbuk kopi. Kalau nak rasa Luwak kopi ni, kena bayar ye. lain2 flavor kopi dan the adalah percuma untuk di rasa. Kalau berminat nak beli, akan di bawa ke kedainya. Bolehlah membeli belah di situ.
Kami meneruskan perjalanan mendaki. Ala2 mendaki Cameon gitu. Masa nak sampai ke Bedugul, hujan pun turun dgn lebatnya. Makanya kami pun di bawa ke restoran untuk makan tengahari sementara tunggu reda. Di restoran ni, boleh pilih nak buffet ke atau ala carte. Sebenarnya, berbaloi lah kalo amek yg buffet. Makanya makan la kami puas2 di situ.
Pabila hujan reda, terusla ke Bedugul temple atau nama penuhnya, Pura Ulun Danu Bratan. Haruslah org ramai juga di situ. Semuanya menunggu hujan reda dan terus menyerbu ke pintu masuk..hahaha..
Kawasannya mmg cantik disebabkan terletak di kawasan tasik. Cuaca pun sejuk kerana di tanah tinggi. Ada juga aktiviti seperti bersiar dgn bot, berkayak dan sebagainya. Kami hanya berlegar2 sambil mengambil gambar buat kenangan. Dah puas, kami pun decided untuk balik ke hotel di Kuta.
Malamnya, kami hanya berjalan2 di Kuta sambal mencari makan. Disebabkan 98% restoran menghidangkan babi guling, agak hampa la juga. Tapi masa nak give up tu, nampakla satu restoran halal yang menghidangkan ayam penyet. Alhamdulillah, terisi la perut kami malam tu.
Keesokannya, kami sambung berjalan hingga ke pantai Kuta, mencari souvenir dan menjamu mata. Sempatlah jalan2 dalam shopping mall sambil compare harga dgn mall di Malaysia. Agak berbeza la jugak di mana di Bali adalah terlebih mahal. Makanya kami hanya lunch di Burger King dan kembali ke hotel sambil menunggu van ke airport dan balik Malaysia..
boleh juga refer sini untuk percutian aku dan Cik Ita sblm ni.
Itulah saja catatatan utk kali ni. until next time…
No comments:
Post a Comment