Ok main purpose trip ke Iceland ni adalah untuk Aurora Hunting! It was one of my bucket list. London tu pulak just a few days layover sebelum balik memandangkan kami naik fligt KUL-London return. Flight operator kali ni adalah Emirates.
23 October 2018
Our flight departure was at 7.20pm. BB dgn rela hati mengambil cuti sbb nak hantar aku ke KLIA (coz aku komplen kata Grab mahal even nak ke ERL, hihi). We arrived at Dubai around 10.20pm and flight was smooth. 2.45am akan depart ke London. Kami just lepak2 kat gate sambil layan wifi sampai la boarding.
24 October 2018
We arrived at Gatwick North Terminal around 7.20am. Next flight terus ke Keflavik, hari yg sama. Penat weh turun naik flight nih. Tapi cuti punya pasal, ku turutkan jua. Utk ke Keflavik international airport, kami naik WOW Air, budget airline origin from Iceland. Depart dari Gatwick South Terminal. Memandangkan banyak masa lagi, kami pun berjalan2 di area duty free. Murah2 juga la merchandise di sana. Tapi sebab baru sampai kan..kosa la mak nak shopping.
ramai betul org q nak makan di diner si JO nih |
WOW Air lebih kurang macam AA la. Nak meals ke apa kena beli ya. Tapi yg pasti, flight attendant nye uniform lagi bersopan pada pandangan aku dari Malindo air tu..haha. Orangnya pun cantik2 dan hensem2 belaka. Ok by 2pm, kami pun touch down di bumi Iceland.
dapat snap gambo blkg je |
Aktiviti hari tu adalah terus ke Blue Lagoon memandangkan location nya lebih dekat dari Keflavik. Kami follow Reykjavik Excursion tour. Combo transport from airport – Blue Lagoon plus entry fee – Reykjavik Hotel. Trip kali ni kami decided not to rent a car. Sebab 2 org je, rasa tak berbaloi. Plus, aku mcm xde mood nak drive kali nih.
Keluar je dari airport, mak aii..terasa angin menderu-deru. Sejuk kot..Tunggu dalam few minutes bas pun sampai. Memang keje gila la juga. Mana taknya, about 20hrs dlm flight plus airport transfer semua, tak sempat rehat terus ke aktiviti pertama. OK kira rehat la tu dlm lagoon nanti.
Next entry – Blue Lagoon.
No comments:
Post a Comment