Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Thursday, 22 November 2018

Kembara Iceland dan London 2018: Iceland - Chasing the elusive Aurora Borealis / Northern Lights - Day 2 pt 4

25 October 2018

Saat yg ditunggu2 telah tiba. Ewahh.. Sebab Aurora Borealis adalah main reason kenapa kami ke Iceland time ni. Untuk Aurora hunting, kami book pakej dengan Artic Shot. Dorang ni adalah professional photographer. Kami decided nak amek pakej ni sbb sekali dgn photography. Maklumla dua2 kami ni takde camera yg high-end mcm DSLR tu. Setakat nak guna camera phone nak capture Aurora mmg akan kuciwa la nanti. Rasanya tak worth it nak spend ribu riban semata2 nak beli camera. Dah la nanti mesti akan terkial2 nak setting bagai. Haha. Review utk Artic Shot kat Tripadvisor mmg sgt2 bagus. Jadi kamipun agak konfiden. Lagipun, untuk satu trip, max participant adalah 12 org sahaja sebab mereka akan menyediakan 3 jeep. Ada dua org photographer iaitu Bragi dan Siggi. 

Malam tu dalam 7.30pm, Bragi pun sampai di Guest House. seterusnya, kami pick up sorang lagi ahli group, an American guy. Dia ni complete dgn DSLR dan tripod. Sebelum ke tempat menunggu Aurora, kami berkumpul dengan Siggi yg membawa 1 couple dan berkonvoi ke destinasi.

Kawasan yg kami lepak tu just outskirt of Reykjavik town. Angin kuat sungguh sampaikan temperature drop ke -8C. Rasa mcm tak blh nak function otak dan badan mlm tu. Bulan pula sangat terang mlm tu. Macam disuluh dengan lampu jadinya kawasan tu. Memang otw, Bragi informed forecast agak low disebabkan bulan terang. Tapi kami cuba je lah nasib. Kalau ada rezeki, adalah kan. 

So, bila dah setup camera tu, Bragi tunjuk kami yang kat screen camera, dah Nampak sedikit hijau, tapi tak Nampak dgn mata kasar sebab factor cahaya bulan. Jadi, sebagai photoshoot, kami just posing2 dengan bermacam2 style berlatarbelakangkan Aurora yg tak Nampak tu. Lama juga kami tunggu, jam pun dah pukul 11 mlm. Akhirnya Siggi mencadangkan agar kami balik je lah. It’s a wrap katanya. Kami pun dah pasrah. Siggi pun drive balik bersama couple tersebut.

Si Bragi masih tak puas hati. Puas dia godek2 apps dan forecast kot2 ada harapan. Dia kata kesian kami dtg jauh2 tp tak dpt nengok. Dlm kul 12am mcm tu dia pun ajak balik. Baru je kami bergerak keluar ke jalan, tiba2 muncul lah si Aurora which kami Nampak dengan mata kasar!. Ya Allah tak dpt digambarkan perasaan masa tu. Terus Bragi stop tgh jalan tu setup camera. Melompat2 lah kami ni. Dari mengantuk terus segar wehh.
dah nampak sikit


sejuk tapi tersangat lah excited

Tak lama lepas tu, hilanglah ia. Kami pun drive semula. Tiba2 di kejauhan Nampak lagi! Kali ni kami park di kawasan tepi semak. Makanya si Bragi pun terkocoh2 setup balik camera dan kami pun posing2 sambil tersengih2 sampai ke telinga. Dan sekali lagi hilanglah ia. Ini lah namanya Aurora Chasing/Hunting. Kejar sampai dapat! Hahaha..



Dan untuk ketiga kalinya ia muncul semula. Kali ni location yg tersangat strategic. Di tasik! Agak lama pula ia muncul. Maka berposing2 lah kami disitu sampai betul2 puas sebelum pulang. Dan memang tersangat puas. Alhamdulillah memang rezeki kami dapat menyaksikan fenomena yg magnificent ini. 







kami dan American guy (seriously tak ingat nama dia)






antara kenangan yg terindah


Malam tu, kami tidur dgn perasaan yg sangat bersyukur. 

2 comments:

  1. Alhamdulillah... sangat beruntung dapat tengok Aurora Borealis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..memang kami sgt bersyukur diberi peluang..

      Delete