Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Monday, 26 October 2015

Backpacking Eropah 2015 - Day19; Santorini, Greece

Monday, 27 April 2015

Pagi tu, sekali lagi kami berjalan je ke Fira.. Kami dah janji dgn geng baru nak jumpa di bus station. First tempat kami singgah adalah Pyrgos. Pyrgos ni bukanlah commercial village sgt mcm Oia tu. Kiranya low profile lah. Bolehla juga nengok view laut waktu pagi.
Map besar disediakan utk pengunjung
Kat sini rumah low profile berbanding Oia
Ada sesapa di dalam? Kami di luar..
Kat bawah dia ada cafe dan deretan kedai. Souvenir pun ada
View dari rumah2 di Pyrgos
Kami sambung perjalanan ke Perissa pulak. Perissa ni adalah pantai with long black sand. Ianya cantik tapi panas. Mentari pun dah mula terik masa ni. Ada yg siap berpayung lagi..kikiki.. Kami just lepak2 layan angin pantai sambil berposing2 gitu. Macam takde je yg mandi manda macam pantai kat Malaysia terchenta nih. Kat sini berderet2 gerai makan tepi pantai tu. Promoter tu dok kata halal2 tapi bila cek menu, ada plak serve oink oink! Konsep halal dorang ni tak sama ngan kita gamaknya.
time ni baru kul 10 rasanya tp dah terik
kerusi2 tu semua rental. x ingat rate dia
Panas memang panas tapi angin nyer agak sejuk

Next pit stop adalah Kamari, black pebble beach. Keadaannya lebih kurang Perissa tadi. Masa ni adalah jugak minah2 salleh ni ber sun bathing gitu. Macam biasa, kami just jalan2 cekdiout dan berposing2. Perut pun x sedap sebab dah berangin. Di Athens dan Santorini, agak susah nak mencari makanan halal. X jumpa pula restoran Arab di sini. Almost all restaurant akan serve oink oink. Makanya life kami di Greece adalah bergantung pada mee segera dan makanan ringan..hikshiks..

Pemandangan sepanjang jalan ke Kamari


Nie lah pantai Kamari...

Akhirnya kami kembali ke Fira, dan berjalan2 di Fira jap. Cik Ita plak nak abiskan Euronya so kami nengok2 souvenir di Fira mana2 yg berkenan. Fira ni lagi sesak dan padat dari Oia. Maklumla main town. Balik di villa, bolehlah kami berehat2 sambil menikmati angin Santorini sebelum balik.


Nie view dari Fira Town pulak...Bagi aku view dari Oia adalah the best..

Sempat bergambar kenangan depan Villa

Backpacking Eropah 2015 - Day18; Santorini, Greece

Sunday, 26 April 2015

Alhamdulillah, walaupun mula2 kami risau pacik tu x dtg, lebih kurang 4.30 am, pacik tu muncul depan umah. Nasib baik kami pun dah bersiap. Di Athens airport, kami simpan luggage yg besar tu n just bawak beg kecik utk 2 mlm je. Ke Santorini, kami naik Ryanair. Return tiket adalah €134 utk 2 org. flight tu 55minit je.
Arrival Hall Santorini Airport
Di Santorini, sekali lagi kami book accommodation thru Airbnb. Kali ni nama hostnya adalah Maria. Bilik yg kami book adalah part of villa, complete wif swimming pool. Namanya Pension Livadaros. Kami mmg rekemen villa ni utk sesapa yg nak stay kat Santorini nih. Maria sepatutnya pickup kami di airport. Tapi lama dah menunggu x muncul2 jugak. Ita pun dah call bbrp kali tapi x berangkat. End up kami naik taxi je.  Pension Livadaros ni terletak di Karterados. Bbrp km dari Fira, main town.

View dari villa adalah cantik. Masa sampai pun xde org di villa tu so kami lepak2 kat luar sambil riki2 kawasan sekitar. Tak lama pastu, ayah Maria datang, n tolong panggilkan lagi sorang doter dia, utk check-in kan kami. Dia bagi kami choices antara bilik balkoni ngadap courtyard atau ngadap pool. Of coz kami amek balcony ngadap pool. Kejap je pastu si Maria dtg bilik n apologize. Rupa2nya semalamnye adalah wedding dia. dan majlis habis lambat. Laa..ngape tak di kabarin.. Makanya x jadi la kami nak bengang. Lagipun, sebagai tanda maaf, dia offer nanti balik ke airport dorang hantar FOC. Hihihih..
Pool yg takde org mandi sebab sejukkkk
Bolehla nak lepak2 
Disebabkan kami bangun super early tadi, kami pun tido la kejap, baru lah memulakan explorasi. Dari villa ni, kami kena berjalan ke main road untuk amek bas ke Fira. Dari Fira lah baru boleh amek bas lain kalau nak ke mana2 town atau village di Santorini nih.

Kami decided nak ke Oia. Oia ni adalah village yg paling femes di Santorini. Sini ada view yg paling sesuai utk nengok sunset. Tiket bas dari Fira ke mana2 destinasi adalah antara €1.60 ke €2.20 sorang depends on distance. Bas dia style conductor yg jual tiket dari seat ke seat tu. Teringat lak zaman naik bas mcm tu pegi kelas tusyen dulu..Haha..

sepanjang perjalanan ke Oia dijamu dgn view mcm ni..

Dah sampai di Oia, kami lepak2 la kejap sambil2 mengusya mana nak pergi. Adalah pulak 2 org Chinese lady, Malaysian gak, tegur kami. So dpt geng travel plak kat Santorini. Kiranya kami jalan sama2 lah and janji esoknya pun nak jalan sekali. Dorang ni dah mid-life, masih aktif travel. Dah pernah nengok Aurora borealis di Iceland. Kagum kejap kami..Hihihi..

Memang view di sini sgt cantik dan gojes. Berlatar belakangkan laut yg biru sebiru-birunya, dan bangunan yg dicat putih berbumbung biru, memang terpesona lah..Ecewah.. Masa ni tengah terik..Balik2 memang sunburn aku. tp sgt worth it...
Takyah cakap banyak. The photos will tell you..

Kami tak stay untuk sunset. Org pun dah agak ramai berkumpul tgg sunset kat dataran tu. Sampai di Fira, kami pun berjalan balik. Jarak dari Karterados ke Fira sbnrnya adalah 2km je (Time tu ‘je’ lah..Cuba skrg kena jalan 2km, mau nangis aku..muahaha).  Dapat la jimat €1.60. Maklumla, dah last2 ni uang nye dah berkurangan..hihihi..

Wednesday, 21 October 2015

Backpacking Eropah 2015 - Day17; Athens, Greece

Saturday, 25 April 2015

Paginya,  masing2 dah segar n ready to explore bandar Athens. Tempat pertama of coz adalah Acropolis. Metro stationnya adalah Akropoli. Metro2 di sini adalah sgt bersih dan teratur berbanding di Italy dan Paris yg agak hancing. Sampai di station Akropoli,  berjalan lah kejap nak ke entrance nya. Entrance fee adalah €12 per person yg merangkumi Acropolis, Ancient Agora dan Temple of Olympean Zeus. 
Metro Map
Sedikit info mengenai Acropolis. Acropolis ni bermaksud Citadel atau little city. Masa Ancient Greek, Acropolis dijadikan pusat pemerintahan di sesuatu kota itu. Sebab tu kebanyakan Acropolis di atas bukit. Di Athens, terdapat beberapa Acropolis tp yg paling femes adalah The Acropolis of Athens di mana terletaknya the Parthenon, yg dahulunya adalah temple utk dewi Athena (one of dewa/dewi according to Greek Myth). Oleh kerna sgt femes, bila org sebut Acropolis, automatic akan merujuk pada Acropolis ber’Parthenon’ nih. 
Baru sampai entrance. Dah nampak parthenon atas bukit
Dari entrance, bermulalah pendakian kami untuk sampai ke Parthenon. Sepanjang jalan, adalah peninggalan sejarah seperti Theatre of Dionysus, ancient garden dan temple kecil. Cuaca agak panas dan org dah agak ramai time nih.

Mari layan gambar..
Statue sape ntah ni..hihi
Theater of Dionysus



Dah boleh nampak bandar Athens
Temple entrance ke Parthenon
Dan berpeluh2 ni, sampai lah jugak ke Parthenon nih. Structure dia tengah dlm restoration. Dari puncak, pengunjung juga boleh menikmati pemandangan bandar Athens yg padat tu. 

Inilah Parthenon yg sgt femes tu
Bandar Athens di kejauhan
salah satu temple yg ada

Bila turun, kami melalui path lain pula. Jadi, boleh berjalan melalui Ancient Agora. A brief info pasal Agora ni. 

The Ancient Agora of Athens is a flat area defined by the Sacred Rock of the Acropolis and the hill of Areopagus in the south and the hill of Kolonos Agoraios in the west. It is traversed by one of the most important ancient roads, the Panathenaic Way, which led to the Acropolis from the main gate of the city, the Dipylon Gate. This road served as the processional way for the great parade of the Panathenaic festival, which was held to honour the city patron goddess Athena. 
Museum of Ancient Agora
Tggl separuh je
Atas tu adalah Temple of Hephaitos
Structure dia lagi baik dari Parthenon tadi
Kami pun meneruskan explorasi utk mencari Temple of Olympean Zeus pulak. Rupa2nya, ia terletak di seberang Acropolis tu. Temple ni dedicated to Zeus. Sape yg rajin layan history atau Hollywood movie, taulah apa significant Zeus ni kepada Ancient Greeks.

Tinggal ni je temple tu


Parthenon atas bukit sayup di belakang

Kemudian, kami pun ke Metro semula dan sebelum balik, sempatlah singgah di Monastiraki, Athens flea market, sambil2 mencari Hard Rock Café. Kali ni kami masuk ke Rock Shop kerna Ms Diva Nora tlh mengirim t-shirt utk Hubby nye..
Sempat lah beli pisang di Flea market
Petang tu, kami just berjalan sekitar Damassippou utk mencari taxi for tomorrow’s trip to airport. Memandangkan flight kami pagi2 buta, 7 am ke Santorini, makanya kami kena keluar rumah lebih kurang 5 am. Metro plak blm beroperasi time tu. Kalau ada pun, takda maknanya nak angkut luggage naik Metro. Last2 kami tahan je taxi yg lalu. Drivernya pakcik. Udah macam ayam ngan itik plak bercakap. Luckily, ada gadis yg meniaga kiosk depan stand tu sudi nak translate. Pakcik tu pun setuju nak pick up kami pagi nanti.