Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Wednesday, 21 October 2015

Backpacking Eropah 2015 - Day16; Pengalaman Naik Alitalia, flight dari Rome ke Athens

Friday, 24 April 2015

Pagi2 lagi kami dah menaiki Metro utk ke Airport. Flight kami adalah Alitalia flight ke Athens. Alitalia ni adalah official flight utk Italy. Online booking ke Athens adalah €151 for 2 person. Flight time was 8.40 am, a 3 hour flight. Kami tiba di airport lebih dari 2 jam sblm berlepas. Sepanjang di Eropah ni, pengalaman di Rome Fiumicino airport bersama Alitalia adalah pengalaman yg paling un-friendly pernah kami tempuh. 

Di kaunter check-in, minah yg bermuka masam melayan kami. Mukanya pun dah menampakkan ke’sceptical’nya kat kami. Dia argue kenapa kami xde visa. Of coz la tak payah sebab Malaysian need not require visa to enter Schengen area (termasuk Italy dan Greece) . Dia mcm tak percaya, n insist nak check. Ok fine… pastu dok tanya2 brp lama kami kat Greece tu nanti, lebih dari 30 hari tak. Excuseeee meee..apa ko ingat kami ni nak jadi PATI kat Europe tu ha…Bila dah confirm tu xyah visa, kami pun nak check-in lah luggage. (we have 2 bagak luggage each). Dah pulak dia bagi sorang satu luggage je boleh check-in. Satu lagi kena hand carry. Aduyaii..mebbe kami pun x perasan masa booking tu... Dia pun dgn nada x puas hati mcm nak maah2 kami..So dia suruh kami bwk je naik lg satu beg tu. ..Dah pulak of coz tak lepas nanti nak hand carry beg yg berat tu. 

Ada dia kesahhh..last2 beg luggage ku yg berat tu aku check-in, Cik Ita nak check-in backpack gabaknya. Lagi satu hal, dia kata backpack kena check-in kot cargo sebab takut terbelit2 talinya nanti. Kena pulak pegi ke kargo, dorang ngah sibuk2 loading tray makanan, sikit pun taknak stop utk selitkan beg Ita itu. Sungguh sakit hati. 

Dah setel satu hal, kena ngadap bahagian hand carry lak sebab dia akan timbang sblm masuk. Of coz la beg kami x lepas. Aku x kira, aku argue la balik. Ingat dorang je blh wat muka bengang. Last2 dia let go je…Huh..Ramai je org lain yg bwk beg besar hand carry..By the time dah setel semua, tggl bbrp minit je nak berlepas. Nasib baik ngam2 je. Tobat aku tanak naik Alitalia dah…serik makkk..

Dalam flight dia bagi snack n water. Since perjalanan 3 jam, sempatlah melelap mata jap. X sabar2 meninggalkan bumi Italy itu..

Finally, sampai la jua kami di bumi Athens. Nak ke AirBnb tu, kami naik taxi je. Rumah host kami, Becky terletak di Damassippou. Kali ni kami duduk sendiri, tanpa host. Driver tu, walaupun x brp reti speaking, agak helpful lah jugak. Bukan mcm Italian tadi..Huh..

Damassippou ni mcm pekan kecik la. Katanya dari rumah, 10mnt je jalan kaki ke Metro. Bila kami riki2 petang tu, mcm 20 mnt je jalan..huhuhu..Selain tu, kami just jalan2 melawat kawasan. Setiap kali smpi tpt baru, perkara wajib adalah check out the supermarket. Geram nengok brg2 yg murah2 tu..Hihi..

Bnyk sungguh pokok oren di sini sepanjang jalan. nak petik tp takottt
Malam tu, kami just berehat2 sambil layan tepon..Hihihi..

Tuesday, 13 October 2015

Backpacking Eropah 2015 - Day15; Rome, Italy dan Vatican City

Thursday, 23 April 2015

Pagi2 lagi kami dah menuju ke Colosseum. Perjalanan dari rumah Emanuella ke Colosseum kurang dari setengah jam. Lagipun, boleh kami enjoy pemandangan bandar Rome di waktu pagi kan. Masa kami sampai di Colosseum, orang dah tak berapa ramai. Nasib baik kami dah beli tiket siap2 secara online so terus scan dan masuk. Wah dah terlebih excited nih. Ruang arena di tingkat 1. Tangga nya tinggi2 kot. Maklumlah sesuai lah dgn size Romans zaman dulu.
Dah sampai...
Sebelum masuk ke ruang arena tu, boleh la melihat artifacts yg berkaitan dengan Roman Emperor. Antaranya adalah senjata yg digunakan, tali untuk mengikat hamba dan macam2 lagi.
Batu Bersurat..huhu
Lakaran artis
Kepala bangsawan...huhu
Di Amphitheater arena, kami pun feeling2 di zaman Roman Emperor tengah nengok para Gladiators beraksi..Hihi.. Tapi gerun juga bila memikirkan nasib dorang ni yang kena berlawan sesame sendiri atau berlawan dengan binatang buas semata2 sebagai hiburan golongan atasan.


Nie Arc of Constantine. View dari dlm Colosseum
Finally..dapat jugak jejak kaki..
Selepas itu, kami pun berjalan menuju ke destinasi seterusnya. Agenda kami adalah nak melihat Trevi Fountain yg semestinya famous untuk pengunjung ke Rome. Sepanjang kami berjalan tu, banyak juga tinggalan sejarah yg dapat dilihat. 

Sepanjang perjalanan adalah orang2 yg memakai Trojan costume. Jgn tertipu ye..Kalo nak tgkp gambo ngan dorang nanti kena bayar..Mak dah kena tipu..Tak pasal2 kena bagi 10Euro..Hahahha...

Tinggalan Sejarah yg dapat dilihat
Ini adalah National Monument to Victor Emmanuel II
Akhirnya kami pun sampai di Trevi Fountain tu setelah sesat seketika. malangnya, ianya under restoration untuk lebih memudahkan pengunjung di masa hadapan..dapat snap sikit2 je. jadilah kan..


Sape nak campak duit boleh lagi,...
Next, kami naik bas semula ke Roma Termini, untuk cari makan dan terus ke Vatican City. Haha dapat naik bas free sebab driver tak bother pun nak cek/jual tiket.. Berdekatan Roma Termini tu, terdapat banyak restoran Halal, kebanyakannya adalah restoran Arab. Maka bolehlah kami isi perut hari tu. Aku makan Nasi Beriyani yg sgt besar portionnya. Terpaksa tapau separuh.

Dah kenyang, kami pun naik Metro untuk ke Vatican tu. Sepanjang kami berjalan dari Metro ke Vatican ni, ramai pulak yg stop kan kami. Mostly adalah tourist guide di sini. They thought we wanted to go to Vatican Museum which is the other way around. ingat kami salah jalan la tu..Maklumla kami kan pakai tudung.. Apsal plak tetiba minah dua org ni nak masuk Vatican kan.. Hahaha.. Penat kami explain kami ni nak tgkp gambo je..

Masa nak smpi pintu gerbang Vatican ada la askar2 yg jaga tp dorang pun wat dekkk je nengok kami.. Nasib baik dorang x stop kan kami n searched bag kami plak..huhu..


Pintu masuk
Org ramai tu nak masuk Church




Q yg sgt panjang utk masuk church
Kami belegar di luar je..
Lepas penat seharian kami pun balik ke rumah Emanuella.. Esok pagi2 kami dah kena keluar untuk ke Airport pulak. next destination adalah Athens.

Friday, 2 October 2015

Aunty Aini's Garden Cafe, Nilai

udah lama tak menghapdate pasal makan..Dok bz buat pasal trip Europe tu. itupun tak habis lagi..

ini cerita lama..Tapi baru terhegeh2 nak taip. Aku n my colleague belanja our customer lunch. My colleague,  yg suggest kat sini sebab dia dah pernah makan n sgt sedap. Aunty Aini ni pun sangat femes. Chef terkenal, Gordon Ramsay pun pernah datang sini. Korang boleh cari klip dia kat You Tube.

Customer kitorang tu dah siap2 call Aunty Aini's ni sebelum dtg untuk reserve and order dulu. takut org ramai nanti.

so hari tu kami makan Ayam goreng kampung, Ikan merah masak tempoyak, sambal sotong, Ikan asam pedas (x ingat ikan apa..), Udang gulai tempoyak, telur dadar and sayur kangkung.. Haaa kau..bnyk tak utk 3 orang.. Yelah..org belanja, dia order je la kan..hahaha

Anyway, semua lauknye mabeles... Especially udang tempoyak tu..Memang serba serbi cukup rasanya. sampai licin lah kitrog kerjakan, even kuah dia pun licin..Perghh kalo dtg sini lagi mmg aku akan order udang ni jugak..

kesimpulannya, mmg tak mengecewakan.. Definitely akan datang lagi. kalau dtg weekend, dinasihatkan reserve dulu sebab takut full house. Total hari tu about RM200++.. Tak kisahla kan company bayar..muahahahaha...


Friday, 18 September 2015

Backpacking Eropah 2015 - Day14; Pisa, Italy

Wednesday, 22 April 2015

Untuk ke Pisa pada pagi itu, kami menggunakan Trenitalia yg telah dibeli secara online tiketnya. Perjalanan ke Pisa mengambil masa selama satu setengah jam. Sama seperti Venice, Pisa adalah persinggahan sahaja sebab lepas tu kami akan bergerak ke Rome pulak. Pisa sangat terkenal dengan Menara Condong nye. It’s one of the main attractions for tourist in Italy. Tapi selain menara nih, bnyk lagi monument yg bersejarah di Pisa ni. Tapi, untuk trip ni, kami hanya akan ke leaning tower tu memandangkan masa terhad.
Dah sampai Pisa Centrale
Dari train station, Pisa Centrale ke tower tu,  pengunjung boleh menaiki bas dan tiketnye boleh di beli di kiosk2 di dlm train station. Kalo nak berjalan pun silakanlah.. hahaha.. Boleh je sambil mengexplore bandar Pisa kan. No entrance fee untuk melawat tower tu tapi kalo nak panjat naik atas, kena bayar €18. Tak kuasa mak nak panjat dik non oii.. Ramai plak tu beratur nak naik..

Sedikit info mengenai tower ni. Ianya terletak dalam kawasan Piazza dei Miracoli (Piazza del Duomo). Dalam kawasan ni selain menara nih, ada Pisa Cathedral, Pisa Baptistry dan Monumental Cemetry. Ketiga2 monumen ni juga kena beli tiket kalau nak masuk. The Leaning Tower of Pisa tu actually adalah bell tower untuk Pisa Cathedral di sebelahnya. 

Orang agak ramai masa kami sampai. Tengah panas terik lak tu walaupun masih pagi. Sebelum pintu masuk kawasan ni, terdapat deretan kiosk souvenir yg memanggil2 kami. Ramai juga peniaga muslim (India muslim?) dan setiap kali kami lalu, akan mengucapkan salam dan bercakap sedikit Bahasa Melayu. Actually, apa yg kami perhatikan, di Europe, kebanyakan peniaga2 souvenir ni akan recognize kami dari Malaysia. Sebab apa, maybe org Malaysia suka bershopping especially souvenir nak bagi kat family n frends kan..Words yg selalu dorang ucapkan macam ‘terima kasih’, ‘murah2’, ‘cantik2’ dan beberapa yg lain.

Mari layan gambar di kawasan ni.

Yg wall belakang tu entrance dia
Yg bulat tu Pisa Baptistry
Nie Pisa Cathedral
Tower yg tak kuasa den nak panjat
Cukuplah kat luar je

Dah puas hati, kami pun berjalan2 sekitar area tu, hopefully dapat jumpa restoran halal. Lama jugak kami mencari akhirnya jumpa di satu corner, kedai kebab yg comel je. Tapi pizza pun ada dan juga ada satu menu yg menarik hati kami iaitu Arancini. Arancini ni adalah stuffed rice ball with vegie, disalut dengan breadcrumbs dan digoreng. Sedap rupanya benda alah ni. (konon balik sini nak try buat, tak terbuat lagi sampai skrg..huhu). Kami juga mengorder pizza tapi takde yg sesedap pizza Venice tu.. Hahaha..






Lepas makan dan beli souvenir, kami pun naik bas semula ke Pisa central. Sempat juga berjalan2 sekitar centrale tu. Dah tu lepak2 kejap, kami menyambung perjalanan ke Rome pula. 
Statue berhampiran Pisa Centrale
Petang tu, perjalanan kami diteruskan ke Rome, via Roma Termini. Coach kami ni plak style mcm cabin. Kiranya 4 org satu cabin dan ada pintu2 tu..Dah la tempat nak letak luggage atas kepala..Mana la nak sampai kami yg dikira renek nih.. Luckily ada sorang macho Italian guy tolong.. Berat kot beg2 kami. Dia pun tersengih2 masa angkat tu.
Dan sweet of him to turunkan beg2 kami sebelum dia turun di stop before Termini.

Since kami pun sampai dah agak petang, kami terus ke Airbnb kami yg perlu menaiki Metro. Ya Allah..Sesardin-sardin bas Metro kat KL ni, Sardin lagi Metro LRT di Rome tu. Dah la kami struggle dgn beg2, kena berhempas pulas pulak nak masuk ke dlm train dgn European yg besau2 tu. 

Akhirnya, setelah bersesak nafas, kami pun sampai di Airbnb Bianca, dan di sambut oleh maknya, Emanuella beserta seekor puppy yg kiut dan manja. (Masa kami book puppy ni takde lagi).. Fortunately, Emanuella mintak anaknye letak jap puppy tu kat balconi sementara kami masuk rumah tu..

So malam tu kami rehat lah puas2 sebab esok kami nak explore Rome pulak...