New Year wiken yg lepas, BB dan aku bercuti-cutian kejap di
PD. Maklumla dekat la jugak dari rumah kan..Kami stay di Langit Langi Hotel,
book via Agoda. Time aku book ni pun dah agak lewat dan banyak hotel yg full
dan rate yg mencanak-canak. Baca review mcm ok la jugak.
Hotel ni agak baru dan berada di rumah kedai berdepan dengan
Petronas sebelum Pantai Saujana (dari arah KL). Check-in agak smooth. Kami
dapat bilik di tingkat 1. Masuk2 je bilik aku da terbau rokok. Rupa-rupanya
bilik tu mmg boleh smoking sbb siap ada ashtray lagi. Pasrah le ja mak sebab
hotel full house. Biliknye mmg besar, tp aku dapat view belakang iaitu umah
tinggal (haruslah curtain tu ditutup sepanjang masa..Huhu..)
Biasala la ada basic amenities tp kettle xde sebab ada water
dispenser di koridor. Ada swimming pool yg medium size juga di hotel ni. Sempat
la jugak kami berendam barang sekejap.
Breakfast ok la jugak. Time kami ada nasi lemak, roti2, kek
pisang, coco crunch (versi murah) dan mushroom soup. Tp meja agak limited. Ada
yg kena bawak makanan masuk bilik..
Overall ok la hotel ni but for me, mebbe lagi sesuai utk
bisnes trip kot..Kalau ada bajet lebih, baik cari hotel/resort yg betul2 tepi
pantai. Location hotel ni tak jauh dari public beach (Pantai Saujana kalo x
silap aku) tp still kena drive la ke sana ye.
No comments:
Post a Comment