Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Thursday, 2 April 2026

2025 Autumn wanderlust, Dutch edition - Marken; Day 1

5 Nov 2025 (Wed)

Marken adalah sebuah perkampungan Dutch traditional yang terkenal dengan architectural heritage. Sedikit info, dahulunya Marken adalah sebuah pulau, sehinggalah Kerajaan membina jalan perhubungan, maka connected la ia dgn tanah besar. Tapi untuk mengekalkan ciri tradisional, perkhidmatan feri masih dikekalkan sehingga sekarang.

Best betul layan top deck ferry dgn angin yang sejuk. Menggigil la juga BB ku itu hehe. Sekejap je dah sampai di Marken. Dari kejauhan dah nampak deretan kedai dgn bumbung berwarna warni.








Maka berjalan-jalan lah kami di sekitar kampung tersebut. Rasa tenang je sebab pemandangan hijau di sini sana. Sempat la menapak agak jauh di Kawasan kambing biri-biri yg gemok.

Ada beberapa tempat menarik utk tourist di sini termasuklah muzium kasut kayu yg menjadi salah satu symbol kepada Netherlands. Ingat nak juga beli saiz dewasa tapi tengok harganya..hmmm…takpelah kita beli saiz kecik je haha.






Dah berjalan keliling, kami pun lepak di Kawasan harbor sambil menunggu ferry. Sempat la jugak minum hot chocolate dlm café ferry tu. Mmg umphh..







Habislah sudah activity jalan2 utk hari tu. Malam nya, kami hanya berlegar2 di Kawasan hotel. Ada small shopping mall, groceries dan bnyk juga halal restaurant di sekitarnya. Kami mmg puas hati dgn location hotel ni.







2025 Autumn wanderlust, Dutch edition - Volendam; Day 1

5 Nov 2025 (Wed)

Dah setel jalan2 mencari ketenangan, kami pun bergerak ke Volendam pula. Volendam ni adalah fishing village. Ianya agak terkenal di kalangan pelancong yg menyatakan ‘Volendam is one of the most beautiful fishing village in the Netherlands’. It is also known for its charming harbor, lively atmosphere, colorful wooden houses and traditional Volendam costumes.

Dari bus stop, kami menapak ke marina harbor. Its main attractions terletaknya di situ. On the way tu, boleh je singgah ke Volendam Museum, bersebelahan mall. Sempat juga kami buka bekal lunch dan makan berhadapan marina. Deretan kedai2 berhadapan harbor ni, ada café dan restaurant, souvenir shops, costume studio (boleh sewa traditional costume dan bergambar). Cantik-cantik kedai di sini, kerana ianya adalah traditional wooden shops.










Dari sini juga pelancong boleh menaiki Volendam Marken Express ferry, untuk ke Marken, traditional Dutch village. Jeti terletak di area marina ni juga. Alang2 dah sampai di Volendam, eloklah lajak terus ke Marken pula.

jeti utk ke Marken

ferry dah sampai


2025 Autumn wanderlust, Dutch edition - Edam; Day 1

5 Nov 2025 (Wed)

“Autumn painted the Netherlands in gold, and we followed the colors — through Edam, Volendam, and Marken — chasing forever.”

Eceh eceh, sawit la sikit..Hihi

First day trip kami pilih utk explore the villages of Edam, Volendam dan Marken. Masing2 ada keunikan yg tersendiri.

Agak pagi juga kami gerak dari hotel. Syok juga layan angin dan sunrise. Perkhidmatan tram dan bas mmg sudah tersedia. Hanya berhadapan hotel.



Dari Amsterdam Centraal, kami menaiki bas ke Edam. Edam ni terkenal dengan cheese, especially Edam cheese. Town dia sangat la laid back, memang sangat tenang menelusuri canal di Tengah pekan tersebut. Kami pun sampai agak pagi, banyak kedai x buka lagi. Mostly bisnes2 retail di Netherlands buka pada 11am.

Dekat je menapak dari bus station ke Tengah town. Sambil2 meninjau rumah-rumah berdekatan. Ada la few bakeries, kedai cheese, café dan restaurant, kedai music, dan juga sekolah. Ada juga small flower garden bersebelahan gereja.

Sedap juga melayan angin pagi, sambil mengunyah biskut Munchies dan melayan kopi 3in1 di bench berhadapan canal. Hehe. Disebabkan kami bukan cheese lovers, makanya pandang dari luar je kedai cheese di situ. Buat para peminat cheese, boleh je nak explore cheese museum, cheese factory dan cheese market.

Best betul jalan2 time takde org ni. Memang tenang terasa. Dah puas, kami pun menapak ke station bus utk ke next town. Jom layan gambar2.











'For the two souls who wandered through autumn — and found forever in the fall'