Memandangkan hotel tak menyediakan breakfast, pagi tu kami pun berjalan ke pantai. Hampa, tiada gerai yang buka. Nasib baik Mart dah buka, jadi bersarapan mee segera dan roti lah kami pagi tu. Huhu..Plan nya adalah untuk Island Hopping. Kami dapat rate Rm60 untuk 2 orang. BB pun setuju.
![]() |
Hornbill banyak di kawasan ni |
![]() |
Roti untuk ikan pun disediakan |
![]() |
pakai mcm ni lagi nampak pipi pau..huhu |
Brother tu mula2 bawa kami ke sekitar kawasan pantai berdekatan. Dan seterusnya singgah di satu pulau kecil untuk aktiviti snorkeling. Air di sini tak berapa jernih. Tapi ikan2 tersangat banyak. Seronok la ikan2 tu dapat roti. Berebut-rebut..Hihi..Kawasan ni pun penuh batu tajam dan licin dalam laut. Dah la masing-masing tak pakai kasut. Naik ke pantai semula baru la perasan luka-luka kecil di kaki.
Next, kami ditinggalkan sekejap di Giam Island. Pulau nya kecil sahaja dan boleh nampak Pantai Nipah di kejauhan. Masa ni, hanya kami berdua sahaja yg berada di pulau tersebut. Memang sakan berendam dan berposing di tepian pantai gitu. Tinggal nak nyanyi lagu bercanda di tepian pantai je lagi. Nasib baik tak bawak pario. Kihkihkih.
![]() |
Aktiviti mengusik timun laut |
Sebelum balik ke Teluk Nipah, kami dibawa keliling untuk melihat rock formation yang menyerupai pelbagai bentuk.
Dah balik bilik, mandi dan tidurlah kejap..Sememangnya aktiviti laut ni memenatkan badan..
No comments:
Post a Comment