Friday, 4 October 2019
Ini adalah kisah sedih/sakit hati untuk trip kali ni. Sedih sebab kami tak dapat properly explore this site, and sakit hati of the time and money we wasted for this journey.
Okay, itinerary hari ini adalah daytrip ke Mont Saint-Michel (MSM) yang terletak di daerah Normandy. MSM ni adalah salah satu UNESCO World Heritage site. Ia adalah sebuah pulau kecil dan tarikan utamanya adalah Geography (fenomena yang membentuk pulau ini) dan History (can be trace back from 6th and 7th century). Kedudukan Abbey di atas bukit menjadikan pulau ini ‘stand out’ dari jauh. Untuk peminat Lord of the Ring, Minas Tirith designed was inspired dari MSM ni.
MSM ni jaraknya agak jauh dari Paris tapi daytrip adalah possible. Terdapat banyak tour company yg offer daytrip dari Paris yang kosnya boleh mencecah RM1000++ untuk 2 orang. Memandangkan kami nak cari cara untuk berjimat, bila di survey, kami boleh save lebih kurang RM300 kalau DIY trip.
Dari Paris, kami boleh naik train di Gare du Montparnasse ke Rennes. Seterusnya, naik bas ke MSM (mainland). To cross to the island MSM, boleh naik shuttle, berjalan atau naik kereta kuda. So menurut official website dan beberapa travel bloggers, train arrival dan bus departure schedule adalah synchronize. (this is due to the bus to MSM and back is only 4 times a day). Tiket bas tak perlu beli online, boleh bayar on the bus atau beli di kaunter. Base on this info, makanya kami book 7am train yg akan tiba di Rennes pukul 10 pagi.
Rennes Train Station
Jadi bila nak beli tiket bas di kaunter tu, baru kami perasan next bus ke MSM adalah 11.45am!. WTH!! Kata synchronize, apa dah jadi? Nak argue kat kaunter, dorang tu tak suka layan kalau orang speaking. Last2 kami hanya dapat jadual bas untuk hari tu. Perjalanan dari Rennes ke MSM adalah 1 jam, dan shuttle untuk ke seberang adalah 20 minit. Train kami balik ke Paris adalah 6.35pm. Walaupun nampak macam masa panjang, tapi bila diambil kira jadual bas dari MSM ke Rennes, bas yang akan sync dengan train kami akan bertolak pada 2pm!. Kalau kami ambil bas seterusnya, dah sah2 kami akan terlepas train balik Paris. All in all, we just have 1 hour from the bus stop and back! Apa nak di kata, tiada rezeki nak properly explore. Nak dekat pun tak dapat. Kami hanya cross bridge tu suku jarak dari mainland, snap few photos, singgah beli souvenir dan balik ke bus stop semula. Hati sakit Tuhan saja yang tau. Nak jimat RM300 punya pasal kan…Hadap je lah…Gambar banyak yg di snap dari dlm bas sahaja sepanjang jln ke MSM tu. Huhuhuhu..
Ini adalah view pergi dan balik dari dlm bas....
Di kawasan Mont St Michel
Malam tu kami tiba di Hotel dalam 9 pm, terus balik bilik, makan megi dan tido..Hahahaha..
No comments:
Post a Comment