Alang2 da tengahari di Bangi, baiklah lunch terus kan. So kami decided nak lunch je di area Floor Depot tersebut iaitu Seri Bangi. Well..adalah beberapa resto yang boleh dicuba akan tetapi, tekak masing2 terasa nak makan seafood ala-ala Shellout gitu.
Jadinya kami terjah la Ocean Hauz. Style dia kena pilih barang basah, bayar di kaunter dan pilih nak sos apa. Ada juga set utk 2 org Rm39.90 kalo x silap tapi bahan2 dia tak menarik. Kami pun decided nak ala carte. Setiap bahan dia dah pack siap2 dalam plastic dan harga dikira ikut berat. Akak tu kata yang dah pack tu dlm 100-200gm je beratnya. Maka kami pun pilih Flower crab, scallop, calamari, clam, dan tiger prawn.
Tapi bila di kaunter bayaran, setiap satu pack tu lebih dari 200gram! Kami pun silap x minta akak tu timbang dulu sebab percaya je. Masa dia key in tu pun kami diam je pulak tak kata nak cancel ke apa ke. Paling berat adalah scallop, 480 gram bersamaan RM33.12. Hahahaha..Masa nak bayar tu masing2 pandang memandang dan menyatakan penyesalan secara telepati. Muahaha..Okay total kami hari tu adalah RM145.70. Kalau pilih lobster apatah lagi...
Untuk sos pula ada 5 jenis sos iaitu Spicy pineapple, garlic pepper, black ocean (masak kicap), lemon butter dan satu lagi x ingat..Hahahaha..
makanan da sampai.. |
Calamari tu kami pilih goreng tepung je.. |
Bagi aku, kalo harga mcm tu, baik aku spend di Melaka seafood lagi puas hati..(Melaka jugak jadi benchmark aku)..
Kalo berkunjung ke sini, sila pastikan dulu berat barang basah yg korang pilih kalau tanak terkejut masa bayar nanti. Kami pun da bagi suggestion untuk mereka label setiap pack (berat dan harga). Tak taula mereka akan amek pot ke tak..
No comments:
Post a Comment