Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Monday, 25 May 2015

Backpacking Eropah 2015 - Day 2; Birbury Village

Friday, 10 April 2015

Next destination was Bibury Village. Tpt ni aku discover dlm satu article ‘1 of the beautiful village in England’. Perjalanan agak jauh dr Stratford. Sempatlah aku balas dendam tido puas2..huhuhu..
Sampai2 sini nengok dah berderet2 kereta parking. Obviously village ni mmg popular la among tourist ke England nih. Mmg speechless sbb cantekk dan village ni mmg a traditional English village. Mula la terbayang2 mcm citer yg aku dok baca sebelum nih..heroin gaun kembang dan hero yg tall, dark n hensem tu…kikiki…

Meh layan gambo..

Heaven kalo everyday wake up to this view...
Anak Nora yg noty..hihi
posing ngan boot walopon hazabbb...
tenang tenang adja...
sungai yg mengalir tenang...
airnye sejuk bangettt...
posing jgn tak posing...
hoi hai...
Puas ati mak...

Backpacking Eropah 2015 - Day 2; Stratford-upon-Avon

Friday, 10 April 2015

Lebih kurang 12.30 am, sampailah kami di Birmingham dan dijemput oleh my best BFF Ms Nora n hubby nye Zarul. Kami dijamu dgn mee rebus yg sgt best dan borak2 dan catch up sampai pagi. Plan asal kami adalah nak ke Stonehenge dgn car rental, tp Nora n Zarul persuade us to consider other better option sbb katanya Stonehenge to dah dikelilingi tali to avoid tourist getting too close to it n jaraknya agak jauh. So its not really worth it kata deme. So kami pun agree dgn perubahan rancangan n instead akan ke Stratford-upon-Avon (Shakespeare’s birthplace), Birbury Village, Premium outlet sbb nak cari Clarks utk BB dan Oxford.

Esoknye pagi2, kami pun bergerak ke first destination iaitu Stratford-upon-Avon. It’s a small village, yg menjadi attraction is dia adalah tempat kelahiran Shakespeare. Malangnye time kami sampai, umah nya ditutup sbb renovation. Xde rezki nampaknye. Tp nasib baik lah dia ada park yg sgt cantekk dan peaceful..jalan2 di park ni dpt la menenangkan fikiran yg kacau..chewah..hahaha..

beautiful street 
time ni masih pagi jadi pemandangan sgt cantekkk
berebut2 nak amek makanan..
feeling2 kuch kuch hota hai..
sesape nak mendayung silakan,,,
My best BFF n doter...

Wednesday, 20 May 2015

Backpacking Eropah 2015 - Day 1; London

Thursday, 9 April 2015

Lepas freshen up, terus check out thru Custom. Nasib baik berjalan lancar cuma mamat tu tanya nape tinggal kejap je kat UK. Pelik dia dtg jauh2 stay 2 mlm je..kikiki..

Next kami ke terus ke kaunter bas outside Heathrow utk beli tiket ke London. Boleh je naik tube tp yelah, dah more than 24hours dlm flight nak la cari yg comfy sket kan. Kami amek bus National Express ke Victoria Coach Station which is the same station ke Birm nanti later at night. Dari terminal tu x de direct bus ke Victoria. Instead kami kena tukar di station lepas terminal.

otw ke transit station
Masa lepak kat station transit tu, adala sorang aunty tu tegur. Dia Malaysia gak tp dah lama stay kat UK. Dia pun kawen ngan mat salleh n her son is a Brits Nationality. Pastu plak anak dia pun kawen org putih gak..So kadang2 je dia balik Mesia.
ramai gak orang..
Perjalanan ke London adalah dlm 1hr plus gitu. Sepanjang jalan kami excited. Yelah, baru first time jejak bumi London. So bila dah Nampak Harrods dan bbrp butik mewah lain, tau la kami ni da nak sampai. Hati pun terus berbunga riang..hahaha..
sempat snap Harrods ni weh..
Sampai di station, drop luggage dan terus berjalan..hahaha..time tu xde la nak pikir rehat ke jet lag ke, yg penting masa jgn disia-siakan. Lagipun kami sampai dah agak lewat, dekat kul 5pm dah. Tpt first kami nak pergi ke Westminster Abbey. Walaupun di kota London banyak disediakan tourist map, tp tetap la terpinga2 jugak. Main redah je la. So sepanjang pencarian tu sempat la sggh nengok souvenir (ada satu tpt yg murah, t-shirt 5 pound tp kami x beli sbb ingat nak patah balik..haghammm x jumpa dah..)
finally i am here...
Jalan2 sambil posing last2 jumpa lah Abbey tu. Posing je lah. Rupa2nya depan dia sajer dah Big Ben, House of Parliament, London Bridge dan London Eye. Syukran sbb kan dah lewat masa tu, so nasib baik semua satu tempat je..
Jumpa gak akhirnya..

Say hi to Big Ben
Bangunan depan Abbey
London Eye from afar...
Haha..wajib posing kat pondok tepon merah nih...
Next kami ingat nak gi Harrods. Yelah alang2 dah sampai London kan. Ingat nak naik bas tp terlepas plak. Jalan nye jalan akhirnya sesat. Tak semena-mena jumpa Trafalgar Square..huhu..Ok gak kan..Masa ni dah gelap..
Cari tempat lain jumpa tempat lain...
singa tu selalu ramai orang..dr jauh jadila...
So kami sambung jalan, jumpa plak St James Park .. huhu.. Maksudnye Harrods tggl harapan je la sbb dah x sempat sebab bas kami ke Birmingham pukul 10pm. End up kami decide balik ke Victoria station. Jalan2 sesat balik..So decide nak naik bas je. Tanya kat sorang bloke kat bus stop. Dia ckp kena ada Oyster card atau credit card, no cash. Ahahaha..cancel lah naik bas. Menapak lagi. last2 lalu kat Tube station, kami decide nak naik. Rupa2nya satu stop je..hahahha…

Sampai station, amek luggage dan lepak sambil tunggu bas. Tepat jam 10mlm, bas pun bergerak menuju Birmingham. Bolehla kami rehat dan tido akhirnya…

Monday, 18 May 2015

Backpacking Eropah 2015 a.ka Trip AKSG - The Journey

Thursday, 9 April 2015

Flight ke Heathrow was at 3am..hahaha..So dalam kul 12am BB dah hantar aku ke KLIA..Setel drop luggage terus lah ke departure Hall..since kami naik Etihad so transit di Abu Dhabi which was for only 2 hours before next flight to Heathrow..Boarding was on time tp depart agak delay sbb ada passenger yg sakit n kena patah balik ke terminal dan keluarkan luggage dia skali..almost 1 hour kot delay..

Overall sgt puas hati dgn service Etihad. Cabin crew pun takde yg muka kelat (maklumla dah pukul 3-4pg, ntah2 dorang x tido lagi kan..manala tau..). Ke Abu Dhabi kami naik Airbus, so space agak luas dan selesa. Dalam mamai2 antara tido dan jaga tu deme serve snack plak, segar terus aku, yelah td x lalu nak makan katakan. Dia serve chicken wrap yg sedap n sgt big portion. x abes kot. Then before landing, deme serve breakfast plak..Aku pilih pancake, appetizer mmg dia bagi skali. Mmg sgt bnyk makanan itu dan kekenyangan lah kami sekaliannya…
Ni yg dalam Airbus..
Unfortunately, masa nak land, cuaca agak kurang baik. Windy dan berpasir x silap aku. Maka berlegar2 lah kami di ruang udara Abu Dhabi, dlm setengah jam la jugak. Risau sbb next flight dah sepatutnya boarding dah time ni. Tp pujuk hati and berharap flight tu pun akan delay berlepas..huhu..Dah la masa touch down tu terbabas sikit, mebbe sebab sandy. Berdebar siot..
So sampai je ke terminal, terus berjalan laju2 ke next gate. Dan2 tu jugak dengar announcement kata last call ke Heathrow. Apa lagi, bukak langkah seribu la kami..Sampai temengah2 masa sampai kat cabin door tu..hahaha…sungguh lawak. X pernah2 aku berlari nak kejar flight..

Kali ni kami naik Boeing plak. Sempit la sket dr tadi. Takpela nak buat camne kan..Dah bayar murah, terima jelah. Asalkan selamat sampai. Disebabkan time difference, sekali lagi kami di serve breakfast. Hihi..So another 7 hours layan movie..


Dan Alhamudlillah..lebih kurang 2pm London time..kami pun touchdown di Heathrow. 

London..here i come...