Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Sunday, 11 February 2018

Restoran Mr Tuk Tuk, Sunway Pyramid

Ni acara lunch aku dan opismate lepas jumpa customer di PJ. On the way balik ofis mmg akan lalu Sunway Pyramid nih. Jadinya go on je la. Lagipun tghari tu panas lit lit... Haruslah mencari tmpt sejuk..Haha..

Tak plan pun nak ke Tuk Tuk nih.Kami hanya browse Food section kat directory dan pilih. Lagipun terasa nak makan tomyam.

Dia kat level LG kalo x silap. Tapi di area Cold Storage tu. Resto nya agak pack. Mmg macam suasana street food di Thailand pun.
Menu nya
Aku pilih tomyam seafood dan Jasmine rice. Dan Watermelon laici. 
Temikai agak cair. Laici seketul
Tomyam pun agak cair dan isi sikit..hihi
Jasmin rice
My opismate order fried glass noodle. Rasa suhun goreng jah..hihi

Verdict. So so je. Tak dtg dah kot..Huhuhu..

Wednesday, 17 January 2018

Travel Wishlist - Road trip keliling UK!!

Nie adalah salah satu travel wishlist aku. Untuk mengelilingi UK melalui road trip.
Sudah semestinya termasuk Ireland!

Tak tahu la tahun bila nak realisasi impian nih. 2020 mungkin? Cukupkah 3 minggu untuk menjayakan misi ini? Hahahaha..Pening bos kalo aku mintak cuti panjang...

Semoga panjang umur dan murah rezeki la hendaknya...




Tuesday, 16 January 2018

Rindu bertandang lagi.....

Ooh rindunya nak pergi travel lagi!!!

Maklumla 2017 adalah tahun yg agak mandom bagi aku. Highlight tahun lepas adalah ke Sabah sahaja.

Tahun ni niat aku asal ada bajet dan peluang akan ku turut langkah kaki..ewahh..
Cuti2 Mesia pun dah best kan!!!

Salah satu sebab mandom last year adalah kerna my BB sgt  busy dan takleh nak cuti lama2.
Since he is working in Retail, to take a weekend off is very difficult. tambahan pula, aku jugak tengah berjimat cermat demi nak mengumpul semula tabung travel ku..

Salah satu azam tahun ni (selain nak kurus dan tavel a lot) juga nak mengaktifkan kembali blog kesayanganku ini..tak kisah la entry pasal apa pun kan. 

Semoga tahun ni lebih aktif!!!

bila rindu akan ku belek2 photobooks nih

Thursday, 28 December 2017

Family Day di Tok Janggut Homestay, Taiping

13 dan 14 Dec lepas, my la familia organized our family day or family gathering di Tok Janggut Homestay, Taiping. Event ni di organized oleh kakak ku..Hahha..Sebab dia yg rajin survey2 ni semua..Ehhh..

Tok Janggut ni terletak di kawasan kampung berhampiran Changkat Jering. Ada 8 bilik semuanya dan masing2 ada saiz tersendiri. Bilik paling besar mempunyai 2 katil queen dan satu double decker. Semua bilik mempunyai ekon dan kipas. Ruang tamu juga agak besar dan boleh juga kalau nak tido di sini kalau2 bilik2 tu dah penuh. Astro dan wifi ada disediakan.





Antara kemudahan yang disediakan adalah tempat BBQ, basikal2 untuk explore kawasan kampung, kolam kecil, dapur basah dan kering beserta peralatan memasak.

Untuk games, disediakan table tennis dan congkak. Karaoke set boleh ditempah berasingan ya. Kakak aku tempeh pakej beserta karaoke set dan sarapan pada 14 Dec tu. Meals yang lain2 kami sediakan sendiri.

Bagi aku, memang selesa lah Tok Janggut ni sebab ianya privasi dan banyak kemudahan disediakan. Budak2, mak bapak budak pun seronok berendam dalam tu. Lagi pula, family kami je yg sewa tmpt tu, so, takle segan sgt kan…hehhehheh. ..
sampai2 je bebudak serbu dulu
lunch..beli lauk then masak nasi
table tennis
celebrate besday ibu tersayang
 

youngest nephew
main congkak
sementara tunggu karaoke start n bbq siap
dapur basah
 


org kuat BBQ


set karaoke
mari karok
bfast esoknya
main entrance
sempat lagi sebelum balik
bapak budak
new addition..oh my cucus
La Familia..tp x cukup korum nih..