My my my…dah lebih setahun tinggalkan blog kesayangan nih..Cuba sedaya upaya nk menghidupkan kembali. Mostly untuk tatapan diri sendiri sebagai memori. Nk sambung balik catatan Swiss 2023 yg terbengkalai….
5 Dec 23 (Tue)
Aktiviti hari ke 6 di Swiss adalah ke Bern. Bern ni adalah salah sebuah medieval city dan juga capital kepada Switzerland. Bern juga is recognized by UNESCO as a Cultural World Heritage Site.
Dari Interlaken, kami menaiki train ke arah Romanshon. Turun direct di Bern. Maka menapak la kami di sekitar Bern, jalan-jalan melawat kawasan.
First attraction nak cari one of the famous sight, Zytglogge. Zytglogge ni adalah medieval clock tower with moving puppets. Ianya terletak di Bern Old Town. Di Old Town ni juga adanya 15th century Gothic cathedral, the Münster, dan juga 15th-century town hall. Yang menariknya di Old Town ni, bangunannya telah dijadikan shopping promenades sepanjang 6KM! Siapa nak bershopping sakan, dipersilakan. Di Old Town juga terdapat beberapa fountain yang merupakan Renaissance allegorical statues. Ada lah aku snap beberapa figure tu.
Kami menapak dari train station ke Old Town, seterusnya ke Rose Garden (Rosengarten). Garden ni terletak di atas bukit, jadi pengunjung boleh menikmati scenic panoramic view of the medieval town centre. Memang berbaloi termengah mengih mendaki bukit tu dlm cuaca sejuk. Dah la licin sebab bersnowy. Gigih okay. Ada je bas naik ke atas tapi kami prefer utk berjalan sambil melihat sekeliling.Turun dari Rose Garden, sambung berjalan di Old Town, cari souvenir dan chocolate nyum nyum. Ada Christmas Market juga di sini, boleh jalan2 cuci mata.
Dah puas hati, kami pun kembali ke train station. Tapi tak terus balik Interlaken, sempat pulak turun di Thun kejap, berjalan2. Takde dlm plan pun. Alang2 dah lalu kan.