Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Monday, 17 November 2025

2025 Autumn wanderlust, Dutch edition - Intro

Kemain tajuk haha. Anyway setelah 2 tahun si buku merah menyepi, kita sambung lah perkhidmatannya. Plan asalnya adalah ke Korea (Seoul dan Nami). Kami book pakej melalui travel agent (TA) masa MATTA  March 2025 lagi. First time guna TA, sebab xde feel nak DIY. Payment secara staggered sampailah final payment 21 Sept lepas. 2-3 hari lepas dah setel payment, tiba2 TA inform trip kami cancel sebab tak cukup pax. Kena ganti tarikh lain. Aku terus la xde mood sebab last minit mcm tu nak tukar. Cuti pun dah plan. Mujur TA inform boleh refund kalau tak nak tarikh yg dicadangkan, jadi kami pun decide untuk cancel.

Dalam masa a few days, aku terpaksa menajamkan balik skill DIY trip ku. Maka terjadilah trip Netherlands including Dusseldorf dan Brussels nih. Disebabkan plan nya nak santai2 jer, takdela aku penuhkan schedule sampai ke malam. Takde pun rasa nk squeeze banyak2 negara within short period of time. Finally we decided Amsterdam as base. Dari situ, kami plan day trip to other places. Malas pulak nak heret luggage tukar2 hotel. Lagipun, total malam hanyalah 6 malam, tak payahla nk bersusah payah haha. 

Emirates masih menjadi airline pilihan. Selalunya aku akan compare antara Etihad, Qatar dan Emirates, mana yg lagi murah. Landing di Schipol airport. Transit di Dubai hanyalah 3 jam. 4 November dalam 1.30pm, tibalah kami di bumi Netherlands. 

Hotel di Amsterdam yg kami book adalah XO Hotel Infinity. Dari airport, boleh terus naik bas, terus turun bersebelahan hotel. Dalam 30 minit perjalanan dari airport ke hotel tu. Sebelum 3 pm, disebabkan bilik dah ready, kami pun dibenarkan check-in. Since masih awal, ingatkan nak rehat dan tido kejap, then bangun cari makan sekitar hotel. Sedar2 je hari dah gelap dan lewat, makanya terus la sambung tido sampai ke Subuh. Faktor usia ditambah pulak jetlag barangkali..haha



Sunday, 19 October 2025

Swiss Winter holiday 2023 - Zurich - Day 12

 11 Dec 23 (Mon)

Pagi itu kami pun memulakan perjalanan ke Zurich. Hotel menyediakan shuttle utk ke train station (walaupun dekat). Perjalanan mengambil masa 3 jam lebih. Hotel yg kami stay adalah Ruby Mimi Hotel Zurich, berdekatan dgn main train station.

Memandangkan hari masih awal, lepas rehat2 kejap, macam biasa, kami pun keluar untuk explore apa yg patut. Terutamanya ke area old town. Menapak saja dari hotel. Jalan-jalan cuci mata. Sampai hari gelap kami masih diluar. Sempat la menjenguk Christmas market yg berdekatan. Compare dgn bandar lain yg kami dah jejak, Zurich la yg paling meriah di waktu malam. Mungkin juga disebabkan ia adalah salah satu main hub di Switzerland ni.























Swiss Winter holiday 2023 - St Moritz Luxury alpine resort town - Day 11

10 Dec 23 (Sun)

Plan asal kenapa kami include St Moritz ni adalah disebabkan nak naik Glacier express. Glacier Express ni adalah train yang ada panoramic window. Start dari Zermatt ke St Moritz dan vice versa. Masa tu aku confident dpt beli tiket. Tiket sales utk winter opened in Oct kalau tak silap. Aku terlambat few hours je, masuk2 online dah sold out huhuhu. Silapnya aku dah book hotel siap2, dan tak boleh cancel. Jadinya terpaksa naik regular train dan bertukar2 train nya.

Perjalanan mengambil masa 8 jam. Perjalanan menempuh kampung2 dan pergunungan. Tapi dah nama pun Switzerland, mana2 pun view cantik. Yang sangat impressive adalah system train tu yang segala ceruk kampung dia sampai.












Dalam pukul 3 jugaklah baru sampai di St Moritz. Punyalah gigih bukak map cari direction hotel dan menapak dengan luggage, rupa-rupanya ada jalan shortcut memandangkan hotel tu betul2 dekat dgn train station kahkahkah. Cumanya kena mendaki sikit la nak ke hotel tu. Actually hotel ni berhadapan dgn tasik. So bila winter, tasik pun beku, Nampak putih je.






hotel yg kami stay di seberang tasik tu

Memandangkan kami ada sedikit je masa di St Moritz, lepas rehat2 sekejap di bilik, kami pun bergerak keluar utk explore town. Kami menapak sahaja sebab jarak yg agak dekat.

Sedikit info mengenai St Moritz. Ia adalah óriginal winter wonderland’for Switzerland. Terkenal di kalangan royals dan celebrities, memang padanlah dengan gelaran luxury resort town tu.

Terdapat deretan butik2 mewah sepanjang di bandar ni. Kami hanya mampu pandang dari luar sajalah sambil-sambil perasan kaya. Sempat la juga singgah di kedai kebab utk mengisi perut.












Dah selesai makan, kami pun sambung explore town dan balik ke bilik. Esok pagi nak naik train ke final destination di Swiss, Zurich.

Wednesday, 15 October 2025

Swiss Winter holiday 2023 - Montreux, Christmas Market visit - Day 10

 Dec 23 (Sat)

Train dari Zermatt ke Montreux mengambil masa lebih kurang 2.5 jam. Kenapa aku nk sangat ke pekan ni. Haha..Disebabkan nak menjenguk Christmas market. CM di sini antara yang terpanjang, nak pulak location dia di tepi Tasik Geneva tu, lagilah aku teringin nak sampai. CM tu tak jauh pun dari train station.


Memang sangat meriah dan penuh dengan umat manusia. Bersesak la juga di situ. Memang Panjang CM nya. Kami pun takde la nak jalan dari hujung ke hujung. Start dari Tengah dan berjalan ke arah kanan dan patah balik. Sambil2 tu, layan angin tasik yang agak kuat.
















Bila dah agak gelap, kami pun bergerak pulang. Esok pagi dah nak check-out dan ke next destination, St Moritz.