Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Tuesday, 13 March 2018

Percutian Biras-biras ke Medan, Indonesia - Day2; Part 2

Time lunch, kami masih di Berastagi, jadinya terus singgah makan di salah satu rumah makan, Resto Puncak namanya. Menu yang disediakan adalah sayur, ayam bijan, tilapia cili hijau, sup ayam dan buah2an. Juga sedap masakannya. Kena dengan tekak melayu kami. Ditambah dgn sambal yg menyelerakan. 




Perut kenyang dan suka hati, kami meneruskan perjalanan ke air terjun Sipiso piso. Air terjun ni kiranya terjun dari mata air. Boleh je pengunjung nak menapak turun sampai ke bawah tapi ianya adalah 1200 anak tangga. Huhuhu..mau pengsan kalo kami turun dan naik semula. Selain air terjun, pemandangan Danau Toba juga agak cantik dari sini. Sama seperti sebelum ni, ada beberapa photographer sedia menjalankan tugas photoshoot dan print. Harganya sama seperti di Bukit Gundaling tadi. Tapi, kali ni kami menolak untuk print gambarnya. 
van sampai bumbung budak2 ni naik
Si Piso piso namanya
perkara biasa kalo tourist. haha


Danau Toba

Aktiviti seterusnya adalah memetik buah limau. Tapi sepanjang jalan, kami perhatikan ladang2nya hanya tinggal pokok. Jadi Santo mencadangkan kami cuba lagi masa otw balik sebab mungkin ada ladang yang okay disebelah bawah. Maka bermulalah perjalanan yg mencabar nak sampai ke Parapat, kawasan Danau Toba. Jalan kampong yg sempit, berlubang2 dan berliku2. Makan masa 3-4 jam juga nak sampai. 

jalan sempit dan berliku
Hotel kali ni adalah Patra Comfort Parapat. Scary juga perjalanan nak sampai ke main building dari pintu gerbang masuk. Jurang kiri kanan, jalan berliku dan sempit. Hotel ni juga agak berusia tp masih dlm keadaan baik. Biliknya lebih besar drp Berastagi. Oleh sebab kami sampai petang tp masih cerah, bolehla berehat sebentar sementara Santo pickup utk dinner.

Pukul 8, Santo pun sampai. Kami dinner di pekan Parapat, berhampiran masjid besar. Malam tu menunya adalah masak Padang. Boleh tahan juga rasanya. Tapi, memandangkan masing2 agak penat, selera tu agak ke laut juga. Tapi kami sedaya upaya menghabiskan lauk supaya x membazir. Lepas makan, kami terus balik ke bilik untuk berehat
Our dinner 

No comments:

Post a Comment