Check this out!!!

Backpacking Eropah 2015 - Kos dan Bajet: 20 Hari 8 Negara

Sedikit info dan tips mengenai bajet dan planning untuk trip ni mengikut pengalaman kami. Hopefully dapat membantu sesiapa yg ada plan gila ...

Saturday, 20 June 2026

2025 Autumn wanderlust, Dutch edition - The Hague; Day 6

10 Nov 2025 (Mon)

Final day!!! Kejap betul rasa percutian kali ni. Disebabkan flight balik Malaysia malam, sempatlah kami merewang ke bandar lain dulu.

Check out agak awal, dan terus naik bas ke airport. Simpan luggage di sana, dan teruslah naik train ke The Hague.

Dari train station, menapak je ke kawasan sekitar. Ada lah satu park ni, boleh la ambil angin. Kena angin pagi memang la seronok. 











Dari park, kami terus menapak mencari makan. Setelah di gugel, adalah a few Halal place dan terletak berdekatan antara satu sama lain. 

Akhirnya, kami memilih salah satu kedai kebab di sana. Overall, ok lah juga. Memandangkan dah masuk waktu Zohor, selesai makan, kami pun ke Masjid berdekatan. 









Aktiviti diterukan dengan bersiar-siar di kawasan sekitar. Berdekatan area masjid itu juga adalah shopping area. Ada a few malls termasuk Primark. Takdela nak shopping dah kan sebab luggage pun dah pack elok2. Hanya berwindow shopping kejap. Dah puas, kami pun naik tram dan kembali ke train station utk ke airport.



Maka berakhirlah sudah trip last minute kali ni. Semoga dimurahkan rezeki utk next trip pula!


Tuesday, 9 June 2026

2025 Autumn wanderlust, Dutch edition - Amsterdam di kala siang; Day 5

"Sunday strolls and soul talks beneath the autumn canopy in Vondelpark"

9 Nov 2025 (Sun)

Sebelum ni explore bandar Amsterdam waktu malam. Kali ni, kita jalan2 time siang pulak lah. Free and easy lah katakan. Dari Amsterdam Centraal tu, kami menapak je mengikut kaki. sempatlah merasa Fries di kiosk lain. Rupa-rupanya yg sini lagi sedap compare dgn yg beratur panjang tu. Puas hati lah jugak.


Disebabkan nak ke Hard Rock, makanya kami naik la tram ke sana. Haruslah ku membeli FM dan kali ni instead of t-shirt, BB pilih cap. Area Hard Rock tu bersebelahan dgn Vondelpark. Makanya bersiar2 lah kami sebentar dlm park tu. 







Dah puas, sambung naik tram ke kawasan sentral semula dan continue berjalan2 di sekitar canals situ pulak.







Last stop sebelum balik, kami masuk ke Primark. Belila ole2 sebagai kenangan. disebabkan Christmas season, banyak la juga sales nya. Bedsheet pun agak murah. Apa lagi, sempatla ku rembat satu. 

Wednesday, 8 April 2026

2025 Autumn wanderlust, Dutch edition - Brussels, Belgium; Day 4

 “Autumn fell over Brussels in shades of gold… and in that quiet, I found you—like a love that was always meant to be.”

8 Nov 2025 (Sat)

Aahh Brussels. Mesti teringatkan Belgium chocolate hehe. Untuk daytrip kali ni, kami booked Eurostar (dulu Thalys) dari Amsterdam Centraal ke Brussels Midi. Untuk perjalanan balik, kami book Flixbus pulak. Salah satu cara nak jimat haha..Sbb Eurostar kan mahal. 1x trip cukupla. Sama je masa perjalanan, train dan bas keduanya 3 jam.



Kami naik train 7.16 am dan tiba di Brussel dalam 10.06. Dari situ, terus je menapak ke arah Grand Place. Grand-Place ni adalah central square dan termasuk dalam UNESCO world heritage place. Di sini terdapat public dan private buildings yg dibina dari abd ke-17. Memang menjadi tumpuan locals dan pelancong. Terdapat banyak café, souvenir shops dan semestinya chocolate shop!! Ada juga shopping square kalau rasa nak menghabiskan duit. Primark pun ada (ni lah first Primark aku n cik Ita tahun 2015 dulu). Dan tak lupa, Hard Rock Café, sempat la cekup magnet dan t-shirt utk BB.







Bazar jual mostly baju. Foreigner yg meniaga

Kedai ni majority chocolate dia halal


shopping gallery




Hard Rock dan choc shopping kami buat sebelum balik disebabkan kami nak ke area masjid dulu. Brussels Grand Mosque and Islamic Centre terletak di Parc du Cinquantenaire (Jubelpark). Dari Brussels Central, kami naik tram.  Lepas solat, bolehla jalan2 di park kejap. Besar park ni, kami takdela sempat nak explore satu park tu. Jalan2 sekitar masjid pun dah cantik. Tapi malangnya, tiada kedai makan halal di sekitar masjid. Maka hampalah kami lagi. Balik ke Grand-Place baru makan di kedai kebab.











Building putih tu la masjid


Lepas makan dan shopping di Grand-place, barulah kami ke Brussels North train station utk ke Flixbus bus stop. Operator bus yang Belgium ni sangat on time. In fact, bas dah sampai awal dan tepat pukul 4.30, terus gerak. Memang nampak sgt yg Germany site tu yg problem huhuhu.